Dari Lensa Peduli Insan - Program Pemerkasaan Komuniti Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey, Selangor

our_news

Bertarikh: 14-01-2025


post
Pada 14 Januari 2025, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah mengambil bahagian dalam Program Pemerkasaan Komuniti Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey.  

Program ini bertujuan untuk menyokong komuniti Orang Asli Mah Meri serta mempromosikan landskap budaya dan pelancongan yang kaya di Selangor. Program ini juga mendapat perkenan dari DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang berkenan hadir untuk mencemar duli.  

post
Program ini memberi tumpuan kepada pengagihan bantuan secara bersasar kepada komuniti Mah Meri. Melalui agihan bantuan Peduli Insan, sebanyak 50 buah keluarga Orang Asli di sekitar Pulau Carey telah menerima manfaat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, telur, tepung, gula, dan lain-lain.  

Selain itu, Peduli Insan sempat menyantuni seorang warga emas, Nek Ugek, yang berusia sekitar 70-an dan tinggal berseorangan dalam sebuah rumah kayu yang usang. Nek Ugek telah menjadi salah seorang penerima manfaat Peduli Insan sejak tahun 2020.  

post
Penganjuran program seperti ini secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat terhadap keperluan golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang tinggal di kawasan luar bandar dan mampu memupuk nilai kebersamaan serta semangat membantu antara satu sama lain.   
post
Dengan sokongan daripada pihak-pihak yang terlibat, kami berharap program ini dapat terus memberikan impak positif kepada komuniti Orang Asli Mah Meri dan membuka ruang bagi lebih banyak inisiatif sebegini pada masa hadapan. Peduli Insan Malaysia komited untuk terus melibatkan diri dalam usaha meringankan beban golongan yang memerlukan, serta membina masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang. 
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy