Labbaika Allahumma labbaik...
Sedar tak sedar, kita dah nak masuk bulan Zulhijjah — atau lebih mudah nak faham, bulan korban. Bulan yang penuh keberkatan ni datang setahun sekali je. Tapi peluang yang dia bawa, besar nilainya.
Tiap-tiap tahun Peduli Insan buat kempen yang sama, Qurban 4 Ummah malah sudah 14 tahun jadi pelaksana ibadah kepada anda semua di luar sana.
KENAPA penting sangat kempen ni? Pernah tak kita terfikir apa sebenarnya hikmahnya kita ‘berkorban’? Adakah cuma nak mengejar pahala sahaja atau sekadar mencukupkan checklist ibadah tahunan kita?
Qurban bukan hanya sembelihan atau ibadah semata-mata. Ia juga tentang menghidupkan sunnah, mengangkat beban lapar dari bahu mereka yang hampir tiada apa-apa. Dan kami di Peduli Insan ingin membantu anda merealisasikan niat suci ini, agar ibadah Qurban anda menjadi yang terbaik dan diterima Allah SWT.
Tahun ini, Peduli Insan menawarkan haiwan sembelihan lembu dan kambing dengan harga yang insyaAllah mampu milik serta kualiti yang terbaik. Sedekah Adha juga tersedia bagi mereka yang belum cukup bajet untuk berkorban.
Untuk Palestin, di Gaza istimewa sikit. Kita tahu keadaan dekat sana agak kritikal. Jadi kami akan sampaikan daging korban dalam bentuk daging tin supaya bekalan makanan mereka dapat bertahan lebih lama.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini ( https://infak.peduliinsan.com/order/form/956 )
Harapan kami, agar semua orang dapat sertai korban dan lebih ramai insan memerlukan dapat dibantu. Jom bersama dalam Qurban 4 Ummah Peduli Insan. Semoga Allah pilih kita sebagai hamba yang terpilih untuk berkorban, bukan hanya dengan harta… tapi juga dengan jiwa.
Selamat menyambut Zulhijjah, bulan pengorbanan.