Pelancaran Kempen Water 4 Ummah Peduli Insan - Air Sumber Terpenting Dalam Kehidupan

our_news

Bertarikh: 13-10-2025


post
Air merupakan sumber kehidupan yang amat berharga. Dalam al-Quran, Surah al-Anbiya’, ayat 30, Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“...dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa kamu tidak mahu beriman?” 

Ayat ini mengingatkan kita bahawa air adalah asas kepada setiap kehidupan di muka bumi. 

post
Hampir setiap aspek kehidupan manusia bergantung kepada air — bukan sahaja untuk diminum, tetapi juga untuk membersih diri, beribadah, memasak dan rutin harian. 

Namun, malangnya tidak semua manusia di dunia ini dapat menikmati nikmat yang  berharga ini. 

Di sesetengah negara, masyarakat terpaksa menempuh perjalanan jauh setiap hari hanya untuk mendapatkan air bersih, itu pun dalam jumlah yang sangat terhad. 

Ada juga yang menderita penyakit berbahaya dan kekurangan zat disebabkan terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar. 

post
Menyedari keperluan yang mendesak ini, Peduli Insan Malaysia melancarkan kempen “Water 4 Ummah”, sebuah inisiatif untuk menyediakan sumber air bersih yang selamat dan berterusan kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya di Yaman, Syria dan Malawi (Afrika).  

Misi kami, bina telaga & sistem tangki untuk pam dan simpan air bersih, khas untuk kegunaan penduduk setempat. 

Water 4 Ummah ini merupakan peluasan daripada kejayaan projek Telaga Air Yaman, yang kini dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai penerima di negara-negara lain. 

post
Kami di Peduli Insan bukan sekadar membina telaga, tetapi membina harapan dan kehidupan. 

Harapan kami agar rakyat Malaysia di luar sana dapat memberi sokongan untuk menjayakan kempen ini.  

Semoga setiap sumbangan dan infaq yang disalurkan menjadi amal jariah yang terus mengalir, sebagaimana air yang tidak pernah berhenti memberi manfaat kepada kehidupan. 

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy