Musim
pandemik ini, ramai yang terkesan dari sudut ekonomi dan kewangan. Tak kira
sama ada yang berada di Malaysia, mahupun mereka di seluruh pelusuk dunia.
Kita bukan
sahaja diuji dengan wabak, bahkan Allah turut uji kita dari sudut kewangan.
Belum lagi ujian kesihatan, tunggakan hutang dan masalah-masalah lain.
Tapi
itulah, dunia ini benar-benar tempat ujian.
Namun, kita
patut bersyukur keadaan kita sekarang barangkali lebih baik dari mereka yang
fakir. Malah jauh lebih baik dari rakyat Syria yang terpaksa menjadi pelarian
dan tinggal di khemah-khemah demi menyelamatkan diri dan keluarga.
Untung kita
mempunyai kerajaan yang prihatin, walaupun mungkin punya banyak kekurangan lain.
Tapi mereka di Syria, kerajaanlah yang menghancurkan rumah serta kehidupan
mereka di sana. Membunuh ibu bapa dan saudara mereka. Menyeksa dan mendera
mereka, hanya kerana mereka seorang Muslim sunni.
Ramai dari
rakyat Syria dahulu hidup mewah dan serba cukup, tapi kini hanya tinggal di
khemah dan memakai baju sama yang kian lusuh. Tiada peluang pekerjaan, maka
tiadalah kudrat untuk membeli makanan. Hanya
menjamah kepingan roti tanpa lauk pauk yang enak dimakan.
Sudah lama
mereka tidak menjamah ayam. Apatah lagi daging. Itu makanan orang kayangan.
Sedangkan mereka seperti ulat yang mencari makan di celahan batu-batu.
Sudah
bertahun mereka tak merasai keenakan daging kambing mahupun lembu. Mereka
barangkali sudah lupa bagaimana enak, lembut dan kenyalnya daging kambing.


Saat
Aidiladha bakal tiba, para pelarian Syria semuanya teruja.
Menanti
dengan penuh harapan moga-moga ada agihan daging kambing yang dihulurkan kepada
mereka. Kita
mungkin tak mampu untuk laksanakan ibadah korban, tapi kita mungkin boleh bantu
dengan menghulurkan sekilo daging buat mereka merasa. Mereka
pasti teruja, pasti gembira. Mulut
mereka pasti tak henti-henti mendoakan kebaikan buat kalian yang menderma.
Kalau
tuan/puan ingin hadirkan senyuman dan kegembiraan buat mereka. Ayuh
hadiahkan "kekenyangan"
buat mereka yang rindukan juadah istimewa. Mari
menyumbang bersama Peduli Insan di dalam program Sedekah Qurban.
Kita
hadiahkan daging buat mereka sempena Aidiladha ini.
Semoga
dengan sedekah qurban kita ini, bakal meluaskan lagi rezeki dan rahmat Allah kepada
kita sekeluarga.
Saat ini,
mungkin kita terasa berat untuk bersedekah.
Tapi
percayalah, itulah sedekah yang paling besar pahalanya. Apa lagi
yang lebih kita harapkan melain redha Allah.
Seorang
sahabat bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai
Rasulullah, apakah sedekah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW bersabda ;
“(Sedekah
yang paling besar ganjarannya ialah) engkau bersedekah sewaktu engkau sihat
sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang
takutkan kemiskinan, dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.”
-Riwayat
al-Bukhari-