SUAPAN KASIH
Suapan anda menyelamatkan nyawa mereka

 
  Setiap tahun, puluhan kanak-kanak di kem pelarian Syria maut akibat kebuluran. Angka kematian akan meningkat sepanjang musim sejuk. Bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut berisiko maut. Sebuah keluarga pernah ditemui mati di dalam khemah tanpa diketahui sesiapa akibat kesejukan dan kelaparan.

  Saat cuaca sejuk mencecah -5 darjah celcius, tubuh kita memerlukan tenaga yang lebih untuk mengeluarkan haba bagi mempertahankan diri dari kesejukan. Malangnya, ramai dari kanak-kanak Syria maut kerana badan mereka sendiri tidak tidak mampu bertahan.

 

 

  Mereka kebuluran, mereka kelaparan. Badan mereka lemah. Sistem pertahanan badan mereka juga goyah. Kalau dahulu mereka diancam maut kerana peperangan, kini di kem pelarian mereka mungkin maut akibat kebuluran dan kesejukan.

  Seperti penduduk dunia yang lain, mereka di kem pelarian juga turut terjejas. Malah keadaan mereka lebih teruk. Virus Covid-19 bukan masalah dan ancaman besar buat mereka. Bagi mereka, kebuluran serta kesejukan yang kini menjadi kerisauan mereka.


 


  Mereka kelaparan, tapi tiada cara untuk mereka berkerja dan mendapatkan makanan. Kalau ada pun makanan, yang mereka miliki umpama cukup buat mereka teruskan kehidupan. Jauh untuk mereka nikmati kekenyangan. Juadah seperti nasi, ayam dan daging bagi mereka bagai hidangan kayangan buat mereka yang setiap hari hanya menjamah roti bersama kekacang.

  Tahun ini merupakan tahun ke-11 Peduli Insan mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan bagi membantu serta menyelamatkan saudara-saudara kita di Kem Pelarian Syria di dalam Kempen Musim Sejuk Syria.

 

 

  Alhamdulillah, setiap tahun Peduli Insan telah memberi bantuan makanan dan hidangan kepada kira-kira 100,000 pelarian Syria ketika musim sejuk.

 Tahun ini kami mensasarkan sumbangan sebanyak RM2.5juta untuk disampaikan kepada kira-kira 250,000 pelar ian yang berada di Kem Pelarian Utara Syria di bawah kempen Suapan Kasih Syria.


 
  Suapan Kasih Syria adalah salah satu kempen musim sejuk yang memfokuskan kepada bantuan makanan kepada rakyat Syria yang berada di Kem Pelarian Syria di Turki, Lubnan & Utara Syria.

  Melalui kempen ini, bantuan berupa makanan panas dan juga bakul makanan yang mengandungi barangan makanan asas akan diagihkan kepada pelarian Syria yang sangat memerlukan.

  Selain itu, Peduli Insan juga bersedia untuk melaksanakan sembelihan buat ibadah akikah dan nazar. Daging sembelihan itu akan diedarkan kepada penduduk di kem pelarian yang hanya berpeluang untuk menjamah daging setahun sekali sahaja.




  Sehubungan dengan itu, kami ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menderma dan membantu saudara kita di Syria yang sudah 10 tahun hidup di dalam keperitan.

 

Rasulullah saw bersabda :   “Sebaik-baik kamu adalah yang memberi makan.”

 

Rasulullah saw juga bersabda :

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”  (Hadis riwayat Muslim)

 

Ayuh Menyumbang Demi Kemanusiaan

  Jazakumullahu Khairal Jaza’


Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy