Kes Kecemasan "Aisyah"

100%

Raised: RM10510

Goal: RM10500

cause

Aisyah Mahmoud Al-Othman, seorang bayi yang dilahirkan tiga bulan yang lalu dalam keluarga pelarian yang berasal dari Ma’arat al-Numan. 

Mereka terpaksa berpindah ke kota al-Bab dan tinggal di salah satu rumah yang musnah.

Aisyah sejak dilahirkan menderita bengkak di tulang belakang (Meningioma) yang makin besar dan lebih berbahaya.

 Akibatnya, perkembangan otak Aisyah terbantut dan tidak lagi dapat menggerakkan kedua kakinya.

Manakala ayah Aisyah mengalami kemiskinan yang teruk, tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarganya dan tidak dapat menanggung kos rawatan Aisyah.

Rayuan itu telah disampaikan kepada pasukan Peduli Insan, dan dengan segera pasukan kami di Syria pergi untuk melihat keadaan Aisyah dan berkomunikasi dengan pihak perubatan yang berkenaan untuk melakukan pembedahan untuknya dan menyelamatkannya dari kematian memandangkan kesihatannya yang semakin merosot. 

 

  1- Pada langkah pertama Aisyah memerlukan pembedahan segera untuk membuang Meningioma di tulang belakang.

  2- Pantau status kesihatan Aisyah dan memberikan rawatan yang diperlukan.

  3- Pembedahan di kepala untuk memasang peranti di tengkorak.

  4- kos pengangkutan kerana jarak jauh antara rumah dan hospital.

  5- membeli ubat-ubatan yang diperlukan.


 
  Jumlah kos rawatan Aisyah yang dianggarkan: RM10,500

 

Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya"  HR. Muslim

 

Ayuh kita menyelamatkan nyawa Aisyah.

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy