Kes Kecemasan "Miyras"

100%

Raised: RM7200

Goal: RM7150

cause
Miyras, seorang kanak-kanak Syria berusia empat tahun.

Setelah perang berlaku dengan ganas di kawasan kediaman Miyras, dia dan keluarganya terpaksa berpindah ke Utara Syria. Di sana, mereka lima sekeluarga cuma berteduh dan tinggal di dalam khemah.

Kesan dari tragedi peperangan dan perpindahan mereka, Miyras sering berada dalam kesedihan. Keadaan kesihatan dan psikologinya merosot. Tekanan yang dihadapi anak kecil ini menyebabkan dia mengalami epilepsi (sawan) di otak, kekejangan di otot secara berterusan dan kadang-kala pengsan.
Lebih menyedihkan, ayah Miyras tidak mampu menanggung kos rawatan anaknya. Kecederaan parah ayahnya di kaki menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

Bagi Miyras pula, keadaan kesihatan dan psikologinya semakin hari semakin teruk. Dalam masa yang sama, bapanya tidak dapat membantunya.

Peduli Insan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan kos rawatan yang diperlukan buat Miyras. Ini bagi menyelamatkan nyawanya dan meringankan penderitaannya.
 
Jumlah kos rawatan yang diperlukan Miyras adalah RM7,150 sahaja.
cause

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesungguhnya Allah menolong hamba-Nya selama mana hamba itu menolong saudaranya” HR. Muslim

Nyawa Miyras dalam bahaya, Ayuh kita selamatkan Miyras.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
Nama : PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Miyras

Jazakumullahu Khairal Jaza’

Sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut kes@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat
cause

Donation Details

You can register for automatic monthly donation using the link below

Infaqpay.my
Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy