Nisreen adalah seorang anak Syria berusia empat bulan.
Sejak lahir, Nisreen bagai tak berpeluang merasai nikmat kehidupan. Setiap detik, apa yang dirasakan Nisreen adalah perasaan sakit dan terseksa.
Takdir Ilahi, Nisreen dilahirkan dengan penyakit hidrosefalus iaitu pengumpulan cecair di dalam rongga otak yang mengancam nyawanya.
Bukan itu saja, Nisreen juga mempunyai ketumbuhan di tulang belakangnya. Lebih merisaukan, ketumbuhan itu semakin membesar dari hari ke hari.
Kesakitan yang dirasai Nisreen sangat perit dan tak tertanggung. Penyakit yang dihidapinya ini juga tidak membolehkan dia bergerak. Dia juga tidak mampu membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
Setelah peperangan berlaku di kawasan rumah Nisreen, mereka sekeluarga melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Mereke kemudiannya tinggal dan berteduh di sebuah rumah usang yang keadaannya hampir runtuh.
Keluarga Nisreen juga mempunyai masalah kewangan yang kritikal.
Ayahnya tak mampu membelikan susu buat anak perempuannya ini. Kata ayahnya, Nisreen sering tidur dalam keadaan kelaparan.
============================
Perkembangan terkini Nisreen
Alhamdulillah, Nisreen telah berjaya menerima rawatan hasil sumbangan dan tajaan anda semua.
Terima kasih para penyumbang kerana telah memberi kehidupan yang lebih baik buat adik Nisreen. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda.
* Kes Kecemasan Nisreen telah ditutup *