Kes Kecemasan " Muhammad "

100%

Raised: RM5345

Goal: RM5320

cause

Muhammad adalah seorang kanak-kanak Syria yang berusia empat tahun.

 

Sejak dilahirkan, Muhammad menghidap penyakit Hirschsprung. Apa yang membimbangkan, keadaan kesihatannya semakin teruk dari hari ke hari.

 

Keadaan Muhammad kini menjadi lebih serius sehingga mengakibatkan dia tidak dapat membuang air besar selama beberapa hari. Ini sekaligus menyebabkan perutnya mengembung dan mengalami kesakitan yang berterusan.

Muhammad mengalami banyak gejala sampingan lain seperti muntah yang berterusan, hilang selera makan dan minum, suhu badan yang tinggi, kerap keletihan dan sakit di seluruh badan.

 

Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan segera bagi membuang sebahagian daripada usus yang terjangkit sebelum ia menjadi lebih teruk. Pembedahan itu akan dilakukan dalam tiga peringkat.

cause

Apa yang merisaukan, keluarga Muhammad tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos pembedahan itu. 

 

Keadaan kewangan bapanya bertambah buruk selepas penularan wabak COVID-19. Dia tidak mempunyai pekerjaan sehingga membuatkan dia terpaksa meminjam duit bagi membayar sewa rumah yang mereka diami sekarang.

 

Keadaan kesihatan Muhammad semakin merosot. Jika pembedahan tidak dilakukan secepat mungkin, ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius.

 

Bapa Muhammad berasa sedih dan terkilan kerana dia tidak dapat menanggung kos pembedahan untuk anaknya. Beliau merayu kepada para dermawan agar membantunya untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan.

cause

Peduli Insan Malaysia berusaha membantu Muhammad dengan menanggung kos pembedahan dan ubat-ubatan yang diperlukan.

 

 Jumlah kos rawatan Muhammad adalah RM5,320

 

Rasulullah SAW bersabda:

 “Sesungguhnya Allah menolong hambanya selama hamba itu menolong saudaranya” HR Muslim

 

Marilah kita kembalikan senyuman di wajah Muhammad.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Muhammad

 

Sila hubungi jabatan kes di case@peduliinsan.org untuk maklumat lanjut.

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy