Kes Kecemasan " Mustafa "

100%

Raised: RM8620

Goal: RM8550

cause

Mustafa Al-Hasan, seorang kanak-kanak Syria berusia 13 tahun.

 
Keluarga Mustafa terpaksa melarikan diri dari bandar Aleppo akibat pengeboman kejam yang memusnahkan kawasan mereka, dan mereka kini menetap di utara Syria.

 

Semasa Mustafa masih kecil, dia mengalami demam panas, dan keluarganya terpaksa membawanya ke hospital.

 
Doktor memberitahu ibu bapa Mustafa bahawa anak mereka menghidap jangkitan Selaput Otak dan memerlukan rawatan segera.

 

Kelewatan mendapatkan rawatan akan menyebabkan komplikasi serius bagi Mustafa.

 

cause

Mustafa mula menerima rawatan. Malangnya, disebabkan perpindahan yang mereka lalui, ditambah pula keadaan kewangan bapa Mustafa yang tidak baik, Mustafa tidak dapat dibawa untuk menerima rawatan. Malah Mustafa terpaksa pulang semula ke rumah tanpa menyempurnakan rawatannya.

 
Hari-hari berlalu dan keadaan Mustafa semakin teruk. Mustafa kemudian mengalami atrofi otak serta atrofi otot-otot dalam badan.

 
Lebih memilukan, Mustafa kini juga mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Sawan kuat juga sering menyerangnya dari semasa ke semasa (epilepsi). Malah Mustafa mengalami kemerosotan dalam semua organ badan.

 

cause

Ibu bapa Mustafa langsung tidak mampu menyediakan makanan atau rawatan untuk anak mereka yang semakin hari semakin teruk keadaannya.

 
Peduli Insan berusaha untuk membantu Mustafa dengan membiayai kos rawatannya selama setahun, termasuk ubat-ubatan, terapi fizikal dan pemakanan khas, selain menyediakan susu dan lampin setiap bulan.

 

Jumlah kos rawatan adalah RM8,550 

 

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah menolong hambanya selama mana hamba itu menolong saudaranya” HR Muslim

 
Marilah kita sama-sama membantu Mustafa dan keluarganya.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Mustafa 

 
Sila hubungi jabatan kes di

Kes@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy