Kes Kecemasan " Su'ad "

15%

Raised: RM1300

Goal: RM8250

cause

Su'ad, seorang bayi perempuan Syria berusia setahun.

 
Keluarga Su'ad terpaksa meninggalkan rumah mereka dan segala harta milik mereka di Aleppo. Mereka berhijrah ke utara Syria bagi mencari tempat yang lebih selamat berikutan perang yang berlaku di Syria.

 
Su'ad dilahirkan dengan kecacatan di kakinya yang dipanggil sebagai "Idiopathic Clubfoot". Dia juga mempunyai kecacatan lain di tangannya.

Walaupun dia masih bayi, beberapa orang doktor cuba melakukan beberapa pembedahan ke atasnya. Tetapi malangnya pembedahan itu tidak berjaya, dan keadaannya kini semakin teruk dari hari ke hari.

 

Doktor pakar memberitahu bapa Su'ad bahawa jika pembedahan itu tidak dilakukan secepat mungkin, kecacatan ini akan kekal seumur hidup. Kesannya, Su’ad mungkin tidak akan dapat berjalan atau menggunakan tangannya dengan betul seperti kanak-kanak lain.

 

cause

Kecacatan kaki dan tangan Su'ad boleh dibetulkan jika pembedahan dilakukan dengan segera. Tetapi malangnya, bapa Su'ad tidak bekerja dan tidak mempunyai wang untuk membayar kos pembedahan serta rawatannya.

 
Bapa Su'ad memberitahu kami betapa teruknya keadaan di utara Syria di mana dia hampir tidak dapat menyara dirinya dan anak-anaknya.

 

Peduli Insan berusaha untuk membantu Su'ad dengan membiayai kos pembedahan, rawatan perubatan dan ubat-ubatan yang diperlukan.

 

 

cause

Jumlah kos rawatan adalah RM 8,250

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah menolong hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya” HR Muslim

 
Marilah kita semua membantu Su'ad.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Su'ad

 
Sila hubungi jabatan kes di alamat berikut

Kes@peduliinsan.org

untuk maklumat lanjut

please share on:

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy