Kes Kecemasan " Pak Cik Ahmad "

100%

Raised: RM15500

Goal: RM15400

cause

Pak Cik Ahmad, seorang pelarian Syria berusia 72 tahun.

 

Beberapa tahun yang lalu, Pak Cik Ahmad dan keluarganya terpaksa berpindah ke sebuah kem di Utara Syria.

 

Pak Cik Ahmad tinggal bersama isteri dan anak-anaknya di sebuah khemah kecil. Tanpa ada apa-apa peralatan, malah tiada barang keperluan asas pun di dalam khemahnya itu.

Penderitaan Pak Cik Ahmad bermula pada tahun lalu apabila ketulan kecil kelihatan muncul di lehernya. Ketulan itu semakin hari semakin membesar. Sehingga akhirnya ia menjadi Kanser Limfoma.

 

Kata doktor, ketulan itu perlu dibuang secepat mungkin. Jika tidak, berkemungkinan kanser itu akan merebak ke seluruh leher. Ini akan membahayakan lagi nyawa Pak Cik Ahmad.

 

Pak Cik Ahmad kini sedang menahan kesakitan yang teruk. Dia juga mengalami kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.

cause

Pak Cik Ahmad tidak mampu menanggung kos pembedahan dan rawatan kerana kehidupannya yang sukar di kem pelarian Syria.

 

Peduli Insan berusaha membantu Pak Cik Ahmad dengan membiayai kos pembedahan selain ubat-ubatan yang diperlukan.

 

Jumlah kos rawatan yang diperlukan Pak Cik Ahmad ialah sebanyak RM15,400 

cause

Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah menolong hambaNya selagi mana hamba itu menolong saudaranya." HR Muslim

 
Marilah kita sama-sama menyelamatkan nyawa Pakcik Ahmad.

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Ahmad


Sila hubungi jabatan kes di alamat berikut

Kes@peduliinsan.org 

untuk maklumat lanjut

Donation Details

You can register for automatic monthly donation using the link below

Infaqpay.my
Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy