Tabung Bantuan Prihatin "Adik Afiq Iqbal"

100%

Raised: RM8025

Goal: RM8000

cause

Kegembiraan si ibu dan ayah saat menanti kelahiran bayi mereka bagai terhenti. Siapa sangka, anak yang dikandung selama 9 bulan itu dimaklumkan tidak lahir

dalam keadaan normal seperti kanak-kanak lain.

 

14 tahun dulu Afiq dilahirkan dalam keadaan bahagian pusat hingga ke punggungnya terbuka dan tidak bercantum. Usus dan pundi kencing yang sepatutnya

berada di dalam tubuh kini berada di luar badannya.

 

Bayangkan bagaimana luluh dan sedih hati si ibu dan ayahnya melihat keadaan anaknya sebegitu rupa.

Beberapa pembedahan perlu dilakukan bagi membetulkan kondisi organ dalaman badan Afiq yang berada di luar. Namun pembedahan-pembedahan itu tidak dapat

dijalankan serentak sekaligus. Perlu dilakukan satu persatu.

 

Di situ kewangan si ayah teruji. Habis segala simpanan dikeluarkan demi untuk melihat anaknya sihat seperti kanak-kanak yang lain. Habis segala simpanan

dikeluarkan demi untuk melihat anaknya sihat seperti kanak-kanak yang lain. Lebih dari itu, ayah Afiq sendiri mengatakan sebenarnya dia dan keluarga yang

menumpang rezeki dari Afiq.

cause

14 tahun berlalu, Afiq kini kelihatan semakin sihat dan stabil. Namun sehingga kini pundi kencingnya tidak mampu berfungsi dalam keadaan normal seperti

 

kebanyakan kita. Afiq masih bergantung harap memakai lampin dan beg air kencing (urine bag) mungkin buat jangka masa yang lama.

 

Afiq bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Afiq memerlukan kos yang banyak setiap bulan bagi merawat dan menyediakan penjagaan khusus buatnya.

 

cause

 

Mari sama-sama kita bantu ringankan keluarga Afiq.  Sedikit sumbangan anda memberi sejuta kelegaan dan rahmat buat adik Afiq.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Afiq Iqbal


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

 

 

please share on:

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy