Kes Kecemasan "Mansur"

100%

Raised: RM3100

Goal: RM3100

cause

Adik Mansur telah dilahirkan dengan kecacatan pada kakinya, iaitu Congenital Clubfoot. Kakinya membengkok umpama hujung batang golf.

 

Disebabkan kecacatan ini, dia mungkin tidak akan dapat berjalan dengan normal lagi seumur hidupnya.

 

Tapi, masih belum terlambat buat Adik Mansur. Ada kemungkinan untuk kecacatannya sembuh. 

 

Iaitu dengan melakukan pembedahan segera. Tapi, jumlah kos yang diperlukan menelan belanja sebanyak RM3,100

Malangnya buat keluarga adik Mansur, mereka tidak mempunyai sebarang wang untuk merawat anak mereka.

 

Mansur dan tujuh ahli keluarganya tinggal di sebuah khemah kecil utara Syria. 

 

Nak makan pun mereka tak mampu, apatah lagi membayar kos rawatan dan pembedahan.

 

Mereka hanya mampu berdoa dan tawakal sahaja. Jika perkara ini terus berlanjutan, kami risau kesihatan adik Mansur pula yang akan terjejas.

 

Peduli Insan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menanggung kos yang diperlukan adik Mansur. Harapan kami nak lihat adik Mansur dapat berjalan, bermain dan membesar dengan sihat.

cause

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”


 
Jom semua, kita hulurkan ihsan dan bantu beri harapan kepada adik Mansur. 
 


Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Mansur

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy