Besar sungguh dugaan Yusuf, anak Syria berumur 7 tahun ini apabila dia diuji dengan keretakan pada tengkorak akibat daripada suatu kemalangan jalan raya.
Kemalangan tersebut menyebabkan pembentukan lubang di kepalanya. Dan kini, Yusuf hanya mampu terlantar di hospital dan menahan sakit sahaja.
Dia memerlukan pembedahan segera pada tengkorak dan juga bagi pemasangan plat logam pada plat kepalanya.
Jika rawatan tidak dijalankan, ia akan memberi kesan yang serius kepada saraf dan otaknya.
Tapi untuk melakukan pembedahan tersebut, dia memerlukan kos sebanyak RM5,400.
Mungkin bagi kita ini bukan nilai yang besar tapi bagi penduduk Syria seperti keluarga Yusuf yang merupakan pelarian dan sedang berhadapan krisis kemiskinan, mereka sama sekali tidak mampu.
Mereka cuma mampu berdoa Allah sembuhkan anak mereka semula. Jadi, Peduli Insan ingin meringankan beban mereka dengan menampung kos pembedahannya.
`Kindness for the sake of humanity`
Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.