Tabung Bantuan Prihatin "Adik Syifaa"

0%

Raised: RM315

Goal: RM60000

cause

 

SEDIH...

Afeeya Syifaa Binti Khairul Azwan Hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda sahaja

Sejak lahir, keadaan adik Syifaa semuanya normal sehinggalah umurnya 1 tahun. Ibunya perasan yang Syifaa tidak seaktif kanak-kanak lain. 

Siapa sangka rupa-rupanya Syifaa menghidap penyakit genetik SMA Type 2. Sejenis penyakit saraf yang menyebabkan kelemahan otot dan memberi kesan kepada kebolehan untuk bergerak.

Syifaa terpaksa bergantung harap sepenuhnya dengan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Dan disebabkan kesihatannya yang semakin merosot, Syifaa tak mampu pergi ke sekolah dan hanya belajar sendiri dengan bantuan abang serta ibu bapanya.

cause

Kalau dulu, Syifaa mampu angkat tangannya. Tapi sekarang, tangannya tidak lagi dapat bergerak.

Tak cukup dengan itu, Syifaa mengalami masalah pencernaan disebabkan otot dan sendinya yang lemah. Setiap 3 hingga 4 hari, ibunya akan memberikan ubat untuk membantu masalah pembuangan air besar.

cause

Zaman kanak-kanaknya dihabiskan hanya diatas kerusi roda sahaja. Seperti kanak-kanak lain, impian untuk bermain, berlari bersama kakak dan abang sentiasa terpahat didalam hati dan pikirannya.

“Syifaa nak pergi sekolah, nak pergi masjid”, luah Syifaa. 

cause

 

Saranan doktor adalah Syifaa membuat rawatan dengan kadar segera. Jika rawatannya ditangguhkan lagi, ubat yang selama ini membantunya stabil tidak akan mencukupi.

 

Kos rawatan dan ubatan yang diperlukan oleh Syifaa adalah sebanyak RM60,000 setahun

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

Ayuh bantu ringankan beban Syifaa dan doakan semoga dia dapat berjalan semula.

 

‘Ihsan Demi Insan’

 

  Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Syifaa

 


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

Donation Details

You can register for automatic monthly donation using the link below

Infaqpay.my
You can donate via Stripe by clicking the link below

Stripe.com
Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy