Luluh hati seorang ibu melihat anak yang dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna, sedikit demi sedikit kesihatan dan keadaannya berubah.
Adik Iman Qalisya disahkan menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa sewaktu berusia 2 bulan.
Epidermolysis Bullosa atau juga dipanggil sebagai Kulit Kupu-Kupu kerana kulit orang yang menghidap penyakit ini rapuh seperti sayap rama-rama.
Kulit Adik Iman melepuh di sebahagian besar tubuhnya. Kulit jari kaki dan tangan Iman antara yang teruk melepuh selain di celahan betisnya.
Kesihatan Iman dilihat semakin merosot. Iman semakin kurusan dan kurang memberi respon positif kepada ibu dan bapanya.
Muhammad adalah seorang bayi Syria yang baru saja dilahirkan.
Muhammad dilahirkan di dalam sebuah rumah usang yang terletak di Utara Syria. Di rumah usang dan sempit itulah Muhammad dan 4 ahli keluarganya tinggal.
Muhammad dilahirkan dalam keadaan mulutnya kurang sempurna.
Bayi comel itu dilahirkan dalam keadaan bukan saja bibirnya sumbing, tapi pembentukan lelangit dan tekaknya juga tidak sempurna. Ia dipanggil sumbing lelangit.
Muhammad perlu menjalani pembedahan bagi membolehkan bayi ini makan, minum dan juga bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.