Kes Kecemasan " Mustafa "

Mustafa Al-Hasan, seorang kanak-kanak Syria berusia 13 tahun.

 
Keluarga Mustafa terpaksa melarikan diri dari bandar Aleppo akibat pengeboman kejam yang memusnahkan kawasan mereka, dan mereka kini menetap di utara Syria.

 

100%

Raised: RM8620

Goal: RM8550

Kes Kecemasan "Walid"

Walid, bayi Syria yang baru berusia 5 bulan.

Empat tahun lalu, bom jatuh tepat di atas rumah Walid. Peristiwa ngeri itu telah menyebabkan bapanya cedera parah di kaki. Kesannya bapa Walid mengalami kesukaran untuk berjalan.

Selepas kejadian itu, keluarga Walid melarikan diri ke utara Syria untuk menyelamatkan diri dan mencari keamanan di sana. Kini mereka tinggal di dalam khemah yang hakikatnya tak mampu melindungi mereka daripada kebekuan musim sejuk dan teriknya matahari pada musim panas.

Walid pula, dia menderita sejak dari lahir lagi. Dia mengalami lekangan retina di mata kirinya sehingga menyebabkan komplikasi dan pendarahan pada mata.

100%

Raised: RM4195

Goal: RM4100

Kes Kecemasan " Shahd Al-Abood"

2 bulan sejak dilahirkan, adik Shahd Al-Abood, 2 tahun telah menderita akibat pelbagai penyakit.

100%

Raised: RM9300

Goal: RM9200

Kes Kecemasan " Nabil "

Nabil, anak Syria yang berusia 4 tahun.


Perang telah menghancurkan bandar serta kediaman keluarga Nabil. Selepas dari itu, mereka terpaksa lari menyelamatkan diri ke kem pelarian lalu menetap di sana.


Nabil dilahirkan dengan Atrofi Serebrum. Penyakit ini menyebabkan ketidakupayaan berfikir dan juga pergerakkan yang kekal.

 

Nabil tak mampu bergerak secara normal. Malah dia juga tak mampu untuk makan dan minum sendiri seperti kanak-kanak lain.

 

Apa yang paling menyakitkan, Nabil kerap diserang sawan dan ia akan terus menyerang Nabil.

100%

Raised: RM9000

Goal: RM8900

Kes Kecemasan " Pak Cik Ahmad "

Pak Cik Ahmad, seorang pelarian Syria berusia 72 tahun.

 

Beberapa tahun yang lalu, Pak Cik Ahmad dan keluarganya terpaksa berpindah ke sebuah kem di Utara Syria.

 

Pak Cik Ahmad tinggal bersama isteri dan anak-anaknya di sebuah khemah kecil. Tanpa ada apa-apa peralatan, malah tiada barang keperluan asas pun di dalam khemahnya itu.

100%

Raised: RM15500

Goal: RM15400

kes kecemasan "Abu Omar"

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Siapa hilangkan satu penderitaan seorang muslim maka Allah akan hilangkan satu dari beberapa penderitaan di hari kiamat”.

Abu Omar dan keluarganya...
Sebuah keluarga pelarian Syria yang tinggal di khemah di sebuah kem pelarian, utara Syria.
Kebakaran tiba-tiba berlaku di dalam khemah mereka ketika ibu sedang berusaha menyediakan makanan untuk anak-anaknya dengan alat memasak lama dan tidak boleh digunakan.

Semua ahli keluarga terkena dengan luka bakar yang teruk.
Kanak-kanak dan ibu memerlukan beberapa pembedahan dan rawatan doktor pakar selama beberapa bulan yang akan datang, mereka sangat memerlukan bantuan kewangan kerana keadaan di kem Syria sangat sukar.

mereka memerlukan lebih kurang (RM11,681) untuk kos perubatan dan sara hidup bagi mereka kembali dalam keadaan sihat dan membeli semua keperluan perubatan.

Marilah kita bersama-sama  mengumbulkan jumlah ini agar keluarga miskin ini dapat pulih dari kebakaran yang menimpa tubuh mereka dan untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik buat mereka.

Catatan: Kes Abu Omar dan keluarganya adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Syria. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Abu Omar dan keluarganya, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.


100%

Raised: RM11781

Goal: RM11681

Tabung Bantuan Prihatin "Adik Athif Fahri "

Kegembiraan menyambut cahaya mata bertukar sedih apabila mendapat tahu bayi yang dikandung selama 9 bulan tanpa sebarang masalah rupanya menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA), tahap 1 iaitu peringkat yang paling bahaya.

 

Awal kelahirannya, adik Athif mampu menghisap susu dan menggerakkan anggota badannya. Namun, hari demi hari, ketika usianya menginjak 3 bulan, adik Athif bagaikan lumpuh. Bermula detik itu juga adik Athif terpaksa meminum susu melalui tiub.

 

Segala otot-otot badan adik Athif semakin lemah, termasuk otot pernafasannya. Ketika usia 3 bulan itu juga adik Athif mula memakai alat bantuan pernafasan sepenuhnya tanpa ditanggal. Jika ditanggal sebentar, wajah adik Athif akan kebiruan.

 

Lemahnya otot adik Athif sampaikan dia tak mampu untuk menelan air liurnya sendiri.

100%

Raised: RM121385

Goal: RM121200

Kes Kecemasan "Aseel"

Aseel kini tinggal bersama ibu dan adiknya di sebuah bilik kecil setelah mereka dipindahkan dari kampung mereka.

 

Keadaan ibu Aseel semakin menderita setelah suaminya pergi meninggalkannya. Ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan kewangan yang sukar.

 

Peduli Insan Malaysia berusaha untuk menolong Aseel dengan menaja kos rawatannya selama setahun. Bantuan ini meliputi ubat-ubatan dan rawatan fizikal yang diperlukan selain susu, lampin dan makanan.

100%

Raised: RM6205

Goal: RM6000

Kes Kecemasan "Hana"

Hana, seorang anak yatim yang baru berusia lima tahun.

 

Ayah Hana sudah meninggal dunia. Dia meninggalkan tujuh orang anak dan seorang isteri yang tidak memiliki wang untuk menyara kehidupan mereka anak-beranak.

 

Bimbangkan nyawa anak-anaknya, si ibu membawa kesemua anak-anaknya berpindah dan tinggal di kawasan lain yang lebih selamat. Malangnya, rumah yang mereka diami kini tidak mempunyai keperluan hidup walau yang paling asas.

100%

Raised: RM12000

Goal: RM11760

Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy