PAKISTAN RAYU BANTUAN KITA
Pakistan sedang bergelut dengan musibah banjir besar yang melanda negara itu!



Bayangkan, banjir yang melanda Pakistan sejak 14 Jun 2022 masih lagi belum reda sehingga kini. Lebih 2 bulan berlalu, sepanjang tempoh ini angka kematian sudah mencapai 1100 orang. Ribuan juga tercedera.




Banjir kali ini bukan banjir biasa.  Lebih 33 juta rakyat negara itu terjejas.  30,000 individu masih tidak mempunyai tempat untuk berteduh dan tidak mempunyai bekalan air bersih.  Beberapa bandar utama lumpuh sepenuhnya.  Jalan raya rosak, jambatan runtuh.



Bukan itu saja, l ebih 500,000 haiwan ternakan dilaporkan maut akibat banjir kali ini di Pakistan. Puluhan ribu rumah dan kediaman musnah.   Ribuan lagi rakyat sedang terperangkap.  Pihak berwajib sedang berusaha keras untuk memindahkan rakyat-rakyat yang masih terkepung akibat banjir.



Kerajaan Pakistan juga turut merayu negara-negara antarabangsa untuk sama-sama membantu negara mereka yang sedang diuji teruk saat ini. Tanpa bantuan segera, nyawa puluhan juta rakyat negara itu kini dalam bahaya.

Atas dasar ihsan, kemanusiaan dan tanggungjawab, Peduli Insan ingin melancarkan Tabung Kecemasan Pakistan bagi membantu rakyat negara itu keluar dari masalah yang mereka hadapi.


Antara bantuan yang bakal kita sediakan kepada mangsa banjir di Pakistan adalah

1. Kit Makanan
2. Kit Kesihatan
3. Kit Pemulihan
4. Bantuan Am



Kami ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu dan menyumbang kepada puluhan juta rakyat Pakistan yang memerlukan.

Sedikit sumbangan anda bukan saja meringankan penderitaan yang mereka lalui saat ini, bahkan juga mungkin menyelamatkan nyawa mereka yang sangat memerlukan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

‘Ihsan Demi Insan’