Kami Berpuasa Sepanjang Hari
Kerana Tiada Apa-Apa Untuk Berbuka

Selepas 11 tahun konflik Syria berlaku, kira-kira 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022 . Mereka mencari pelbagai jalan dan peluang yang ada untuk mengubah nasib mereka.   Namun, tetap juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar. Setiap hari mereka menanti kalau-kalau ada sebarang bantuan yang datang kepada mereka. Terutamanya makanan.



PEDULI INSAN KOMITED MEMBANTU

Peduli Insan sekali lagi menganjurkan kempen Infaq Ramadan Syria 11 bagi membantu rakyat Syria serta memeriahkan lagi Ramadan mereka yang kian suram sejak 11 tahun yang lalu.

Antara hidangan makanan yang akan diagihkan kepada para pelarian Syria untuk Kempen Infaq Ramadan Syria adalah:

1. Syawarma beserta nasi

2. Ayam panggang beserta nasi

3. Nasi ayam

4. Pelbagai jenis kurma, air dan juga jus






Alhamdulillah, syukur kini Peduli Insan mempunyai 5 dapur Ramadan. Iaitu 3 dapur berada di dalam Syria, sebuah dapur di Lubnan dan sebuah dapur lagi di Gaza. 
Sempena Ramadan al-Mubarak ini, ayuh cari redha Allah dan gandakan pahala dengan menaja pelarian Syria set iftar set sahur, pek makanan dan keperluan lain . Sungguh, mereka tak punya apa untuk dimakan. Hanya menanti rezeki Allah melalui insan-insan yang berhati mulia seperti anda.

 



Ramadan ini peluang untuk kita bantu gembira dan kenyangkan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang berpuasa.

Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa(iftar), maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa tersebut.” ( Riwayat Tirmizi )


Zahirkan ihsan anda di bulan ramadhan yang mulia ini dengan sumbangan ikhlas anda
Ihsan Demi Insan

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy