Dua tahun lepas, kita diuji dengan pandemik.
Ramai yang kehilangan orang tersayang akibat virus Covid-19. Ramai juga yang diuji dengan banjir besar yang hadir tanpa diduga. Angin kuat luar dari kebiasaan telah memusnahkan kediaman dan premis perniagaan. Itu antaranya. Namun banyak lagi ujian yang sedang menimpa rakyat Malaysia.



RAMADAN BULAN AMAL KEBAIKAN YANG DIRINDUI

Ramadan bulan yang sangat dirindui oleh umat Islam. Selain ketenangan, keberkatan Ramadan serta kehebatan ganjaran pahalannya membuatkan kita rindu untuk menanti kehadirannya. 


Ramadan Tanpa Gandaan Amal Ibadah Satu Kerugian

Rasulullah saw sendiri seorang yang sangat dermawan dan suka bersedekah. Sifat dermawan baginda akan berganda pada bulan Ramadan. Begitulah yang dikisah oleh isteri baginda SAW, Aisyah RA.





MY INFAQ RAMADAN

Ramadan tahun ini, Peduli Insan Malaysia sekali lagi menganjurkan kempen My Infaq Ramadhan bagi membantu dan memeriahkan lagi Ramadhan dalam kalangan para asnaf di Tanah Air. Antara bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan adalah set iftar dan sahur serta kotak berisi barangan keperluan harian.

Semoga sedikit sumbangan kita bukan saja dapat membantu mereka yang memerlukan, bahkan juga dapat membantu diri kita di akhirat kelak. 


 


Sehubungan itu, kami di Peduli Insan ingin menjemput anda semua untuk bersama kami membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. 

RasulullahSAW bersabda: 
“Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu menolong saudaranya.”


Ayuh buru redha Allah dan raih pahala berganda dengan menderma di dalam Kempen My Infaq Ramadan


Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy