Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang
bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan
pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bag i mereka, dan mereka
akan mendapat pahala yang mulia.”
-Surah Al-Hadid, ayat 18-
Di dalam Al-Quran dan hadis, terdapat banyak pujian serta janji Tuhan terhadap orang yang berse
dekah.Golongan ini diangkat tinggi dan dipandang mulia di sisi Allah.
Bersedekah tidak semestinya dalam kuantiti yang banyak. Sekadar apa yang
termampu dan ada sudah memadai. Yang penting niat yang ditanam di
dalam hati.
Syukur, semakin ramai rakyat Malaysia terdidik untuk bersedekah setiap hari. Malah ramai juga
yang bersedia berinfaq pada
waktu subuh setiap
hari. Alhamdulillah.
Namun, hadis ini tidaklah membawa maksud keistimewaan atau fadhilat
bersedekah pada waktu subuh. Malah hadis ini juga tidak mencela orang yang tidak bersedekah
subuh.
Bahkan sebenarnya malaikat berdoa untuk orang-orang yang bersedekah pada bila-bila masa.
Menjadi satu kelebihan jika kita menjadikan waktu Subuh sebagai rutin harian untuk kita
berinfaq.
Memulakan hari kita dengan amalan bersedekah adalah satu amalan yang baik.
Satu amalan yang baik dan positif di pagi hari yang kita lakukan, Insya-Allah hati kita turut
rasa bahagia dan tenang.
Subuh ini, ayuh bersama kami di
Peduli Insan. Kita hulurkan sedikit sumbangan buat mereka yang memerlukan. Tak
kira sama ada di dalam mahupun luar negara. Kerana ihsan dan kemanusiaan tidak
mengenal warna kulit serta sempadan.
Seringgit setiap hari. Nilai
kecil yang memberi kesan besar kepada para penerima.
Seringgit setiap hari. Nilai kecil yang mungkin menyelamatkan kita dari seksa kubur serta
melindungi kita dari api neraka.
‘Ihsan Demi Insan’
Note: This donation is for Peduli Insan humantarian projects.
Who we are:
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy