Musim sejuk bakal menemani saudara kita di
                        kem pelarian Syria. 
                    
Sejuknya bukan alang kepalang. Sejuk sehingga menggigit tulang.
                
                    Suhunya mencecah -5 darjah celcius! 
                    
                
                    Allahu rabbi…
                    
                Dalam keadaan dan cuaca yang membeku
                        seperti itu, mereka cuma mampu berteduh dan berlindung di dalam khemah yang
                        menjadi tempat tinggal rasmi mereka selepas bergelar pelarian.
            
            
            
                
                    Tiada pemanas yang bias menghangatkan
                        badan.
                    
                
                    Tiada kayu api yang boleh dibakar untuk
                        mencipta haba yang menenangkan.
                    
80% dari pelarian Syria adalah miskin dan tidak berpeluang untuk berkerja.
                
                    Membeli makanan untuk meneruskan
                        kelangsungan hidup pun mereka tak mampu. Inikan pula membeli pemanas.
                    
                
                    Lebih malang, ramai dari para pelarian
                        terutamanya anak kecil tidak memiliki pakaian tebal yang sesuai dipakai ketika
                        musim sejuk.
                    
                
                    Mereka cuma menyarung pakaian nipis yang
                        mereka miliki.
                    
            
                
                    Sedangkan, baju yang tebal serta
                        bersesuaian adalah pelindung nyawa dan badan mereka yang terakhir untuk
                        mengelakkan mereka dari beku.
                
                
            
            
            
            
            
            
            
            
            
                
                    Ayuh bersama kami bantu memberi kehangatan
                        kepada para pelarian Syria yang kesejukan.
                    
                
                    Musim sejuk ini, kami menyasarkan untuk
                        membantu dan memberi sumbangan berbentuk pakaian dan selimut kepada sebanyak
                            35,000 buah keluarga
                    
                
                    Mari bersama kami hulurkan sumbangan agar
                        mereka terus bertahan mengharungi musim sejuk.
                    
BANTUAN PAKAIAN & SELIMUT:
                     Sumbangan Golden Heart = RM150
                
                    Sumbangan Happiness = RM100
                
                
                    Sumbangan Kindness = RM50
                
                
                    Sumbangan Smile = RM30
                
                Sumbangan Seikhlas Hati
            
Namun, sekiranya jumlah yang tertera itu besar bagi anda, kami juga dengan besar hati menerima seberapa pun jumlah yang anda ingin sumbangkan.
                Ayuh sama-sama menyumbang seikhlas hati
                    bagi sama-sama membantu meringankan beban dan menyelamatkan nyawa saudara kita
                    yang sedang dalam kesusahan.