15 kanak-kanak pelarian Syria dilaporkan mati pada tahun 2020 disebabkan oleh cuaca sejuk yang melampau. Ayuh bersama kita selamatkan mereka! Bahan bakar diperlukan!



Merasai kehidupan musim sejuk menjadi angan-angan dan impian buat kebanyakan masyarakat Malaysia dari kecil.

Namun, tidak buat pelarian Syria. Musim sejuk adalah mimpi ngeri buat mereka.



Mereka lari meninggalkan tanah air untuk menyelamatkan diri dari serangan tentera kerajaan yang tak berkesudahan, hakikatnya mereka belum tentu selamat dengan hidup di kem-kem pelarian.

 

Mereka kini mungkin berhadapan dengan kematian akibat dari kesejukan melampau pada musim sejuk yang akan tiba setiap tahun.


Mana tidaknya, kesejukkan di sana mencecah -5 darjah celcius!

 

Musim sejuk yang lalu, sebuah keluarga ditemui meninggal serentak di dalam sebuah khemah akibat kesejukan. Kematian mereka cuma diketahui selepas beberapa hari mereka meninggal dunia apabila ada individu yang datang menziarahi khemah mereka.

 


15 kanak-kanak juga dilaporkan mati kesejukan pada musim sejuk yang lalu.

 

Allahuakbar!

 

Antara punca kematian mereka adalah mereka terpaksa berhadapan dengan kesejukan tanpa sebarang alat yang boleh membantu memanaskan dan menghangatkan tubuh mereka.

 

Dengan kemiskinan melampau dan tiada peluang pekerjaan,

membeli makanan untuk meneruskan kehidupan saja mereka tidak mampu.

Apatah lagi membeli alat pemanas, minyak tanah dan kayu api.

 

Musim sejuk ini, ayuh sama-sama kita bantu menghangatkan tubuh dan jiwa saudara Syria kita yang bakal dilanda kesejukkan yang mencucuk tulang tidak lama lagi.

 

Alhamdulillah, musim sejuk yang lepas Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah berjaya membantu dan menyampaikan sumbangan dari rakyat Malaysia kepada lebih dari 80,000 keluarga pelarian Syria di kem pelarian Azzaz di Utara Syria dan kem pelarian Syria di Arsil, Lubnan.

 

Musim sejuk ini, kami menyasarkan 150,000 keluarga untuk dihangatkan dan diberi bantuan.

 

Ayuh bersama kami, bantu menghangatkan mereka dari kesejukan.

Sumbangan anda bakal menyelamatkan nyawa mereka.

 

Antara bantuan Kempen Musim Sejuk tahun ini adalah Bantuan Pemanas & Bahan Bakar:

 

1.   Pakej Kehangatan 1: (Pemanas RM  150)
Pakej Kehangatan 2: (Bahan Bakar RM  99)
Pakej Kehangatan 3: (Bahan Bakar Rm 50)
Pakej Kehangatan 4: (Bahan Bakar RM  30)


Namun, sekiranya jumlah yang tertera itu besar bagi anda, kami juga dengan besar hati menerima seberapa pun jumlah yang anda ingin sumbangkan.

 

Ayuh sama-sama menyumbang seikhlas hati bagi sama-sama membantu meringankan beban dan menyelamatkan nyawa saudara kita yang sedang dalam kesusahan.



Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy