Ribuan khemah rosak ketika datangnya musim sejuk. Pelarian Syria perlukan bantuan kita
Tahukah anda?

Sejak konflik Syria berlaku 9 tahun yang lalu, seramai lebih dari 1 juta nyawa telah terkorban!

5 juta dari rakyat Syria pula terpaksa berhijrah dari kampung halaman ke tempat yang lebih selamat dan selesa. Tidak kira sama ada di dalam negara, mahupun ke negara asing.



Namun, daripada angka itu ramai dari mereka yang memilih Utara Syria sebagai tempat penghijrahan yang baru. Utara Syria kini menjadi pusat bagi kem-kem pelarian Syria.

Sejak akhir-akhir ini, keganasan dan peperangan semakin rancak berlaku di wilayah Idlib. Puluhan ribu keluarga terpaksa lari menyelamatkan diri mereka sehelai sepinggang. Akhirnya mereka temui tempat yang selamat buat mereka sekeluarga berlindung, iaitu di bawah pohon zaitun.


Mereka tidur dan berteduh di pohon-pohon zaitun tanpa ada khemah apatah lagi rumah, walaupun cuaca sudah menjadi semakin ekstrim kini! Cuma beratapkan langit dan berdindingkan udara.

Manakala, di kem-kem pelarian Syria pula kebanyakan khemah-khemah telah rosak dan reput dimakan masa, udara dan cuaca yang silih berganti. 




Bayangkan dalam keadaan cuaca sejuk di bawah paras beku, mereka terpaksa duduk berlindung di dalam khemah yang sangat dhaif. Sekiranya hujan turun, ia akan membasahi kawasan dalam khemah dek kerana kain kanvas khemah yang koyak dan bocor.

Musim sejuk ini, sangat mencabar bagi mereka. Mereka perlu bertarung nyawa dengan serangan cuaca yang kini menjadi musuh utama mereka. Jika tewas, mereka mungkin akan jatuh  sakit, bahkan mungkin juga mati.

Kempen Khemahku Rumah Dilancarkan...
 

Oleh yang demikian, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu keluarga-keluarga pelarian Syria yang terjejas teruk.

Melalui kempen (Khemahku Rumah), kami menyasarkan untuk membantu puluhan ribu keluarga Syria di kem pelarian Idlib & Aleppo untuk hidup lebih selesa dan gembira di dalam khemah baru.

Melalui kempen ini juga, selain khemah baru, mereka juga bakal menerima sumbangan kelengkapan khemah yang lain seperti karpet yang menghangatkan mereka dari kesejukan lantai, serta  tilam dan selimut yang bakal memeluk dan memberi kehangatan kepada mereka pada cuaca sejuk yang melampau ini.






Sudilah kiranya kita sama-sama membantu menghulurkan sedikit sumbangan buat saudara-saudara kita yang sangat memerlukan di sana.

Setiap sumbangan kalian bakal menghangatkan, bahkan menyelamatkan mereka di sana.

Firman Allah swt,  

( وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ )

"Dan hendaklah kamu saling tolong-menolong untuk melakukan perkara kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu saling tolong-menolong dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" 

Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy