AAYAH DARWISH

100%

Raised: RM3000

Goal: RM3000

orphan

Aayah seorang budak perempuan Syria  yang cantik berusia 10 tahun.


Aayah menjalani kisah perpisahan yang menghibakan kerana ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dalam peristiwa pengeboman di bandar Douma, di luar Damsyik.

orphan

Rumahnya runtuh menghempap ahli keluarga. Hanya Aayah dan adik perempuannya sahaja yang terselamat. Datuk mereka memindahkan mereka ke sebuah kem pelarian di utara Syria dan mereka tinggal di sebuah khemah yang kecil.


Aya mengalami kesukaran tinggal di kem, di mana mereka tidak mempunyai keperluan asas kehidupan yang melindungi mereka daripada panas musim panas dan sejuk musim sejuk.

orphan

Datuk Aayah cuba sedaya upaya memastikan keperluan makanan mereka mencukupi, namun dia tidak mempunyai wang dan tidak mampu bekerja kerana sudah lanjut usia dan menghidap pelbagai penyakit, di samping ia sendiri tidak mampu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.


Aayah seorang kanak-kanak yang berbakat dan istimewa serta sangat minat melukis dan mewarna. Ia juga menghafal dua juz dari Al-Quran.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy