JAMIL JATILA

0%

Raised: RM0

Goal: RM3000

orphan

Jamil adalah seorang anak yatim berusia 5 tahun.


Jamil tinggal bersama keluarganya yang terdiri daripada ibunya, tiga orang abang bersama bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan.


Namun sebutir peluru mortar telah mengubah segala-galanya. Bapa Jamil terbunuh ketika Jamil berusia dua  tahun dan meninggalkan keluarganya bersendirian.


Ibu Jamil melarikan diri bersama anak-anaknya ke kem pelarian di utara Syria. Ia tinggal bersama keluarga kecilnya di dalam sebuah khemah yang sangat dingin di musim sejuk dan sangat panas di musim panas.

orphan

Ibu Jamil cuba meringankan penderitaan dengan mencari pekerjaan. Namun ia masih tidak masih berjaya dan keluarganya masih hidup di bawah kemiskinan yang melampau.


Jamil rajin belajar. Dia kini berada dalam kelas tahun satu di sekolah kem pelarian. Jamil bercita untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa hadapan.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Jamil dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

* Perhatian *

Jamil pernah ditaja dari Ogos 2023 sehingga Julai 2024. Kami memerlukan penaja baru untuk berkongsi kasih sayang bersama Jamil menerusi Projek Tajaan Anak Yatim Peduli Insan.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy