Abdul Rahman seorang anak yatim berusia 10 tahun.
Dahulu Abdul Rahman hidup bahagia bersama ibu, bapa dan 3 orang adik beradiknya. Bapanya merupakan seorang buruh binaan bergaji sederhana yang berusaha membahagiakan anak-anaknya.
Penantian Abdul Rahman berakhir dengan kekecewaan apabila bapanya diberitakan terbunuh dalam penjara kerana menerima seksaan yang berat.
Setelah kematian bapa, keluarga Abdul Rahman berpindah ke utara Syria dan menetap di dalam khemah di kem pelarian yang terletak di luar bandar, utara Aleppo.