MUSTAFA KAN’AN

100%

Raised: RM3000

Goal: RM3000

orphan

Mustafa merupakan anak yatim lelaki Syria yang baru berusia 3 tahun.


Mustafa tinggal di sebuah khemah usang di Utara Syria bersama ibu dan kakaknya.


Mustafa kehilangan bapanya dua tahun lalu kerana terkena tembakan rambang semasa pulang ke rumahnya di bandar Aleppo.

orphan

Kerana bimbang terhadap keselamatan anak-anak, ibunya berhijrah membawa mereka ke kem pelarian di Utara Syria. Kata ibunya: “Senyuman anak-anak membuatkan saya terlupa rasa sedih kerana kehilangan tempat tinggal dan kematian suami yang selama ini menanggung hidup saya."


Namun senyuman di wajah Mustafa dan kakaknya ini tidak banyak kelihatan kerana mereka tidur dan bangun dalam keadaan lapar.Kadang-kadang si ibu tidak menjumpai walau sekeping roti berkerak untuk menyuap mereka.


Sejak lahir, Mustafa tidak melihat apa-apa selain peperangan dan perpindahan. Knak-kanak lain yang sebaya Mustafa hidup ceria bersama keluarga, namun Mustafa hidup dalam keadaan sengsara dan kelaparan.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy