PEDULI INSAN BEKERJASAMA DALAM KEMPEN KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU RAKYAT KASHMIR

our_news

2021-01-08


post

Hari ini, Jumaat, 8 Januari 2021 bersamaan 24 Jamadil Awal 1442H telah berlangsung pertemuan di antara pertubuhan MAPIM yang diwakili oleh Cikgu Azmi selaku pengerusi MAPIM, dan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang diwakili oleh pengerusinya, Ustaz Luqman bersama dengan duta besar Pakistan di Malaysia bagi membincangkan isu berkaitan bantuan buat pelarian di Kashmir.

Dalam pertemuaan itu, banyak isu yang telah dibincangkan. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah topik berkaitan isu kemanusiaan pelarian di Kashmir. Hasil dari perbincangan itu, masing-masing bersetuju dan menegaskan tentang kewajipan menghulurkan bantuan kepada pelarian di Kasymir dan juga keperluan memberi bantuan kemanusiaan buat mereka di sana.

Cikgu Azmi yang juga merupakan Pengerusi Mapim menegaskan bahawa isu Kashmir ini bukan cuma merupakan masalah bagi sesebuah negara, bahkan ia adalah isu umat Islam keseluruhannya. “Kita semua adalah umat Islam dan kita perlu merasai kesakitan, kezaliman serta penganiayaan seperti apa yang dirasai oleh umat Islam di Kashmir.” Katanya.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Ustaz Luqman pula berkata “Sudah menjadi kewajipan kita untuk bersama-sama serta mempertahankan situasi kemanusiaan saudara kita yang menjadi pelarian di Kashmir. Kita yakin kerjasama yang dijalinkan di antara pertubuhan-pertubuhan ini akan menghasilkan impak serta kesan positif buat pelarian di Kashmir. Dalam masa yang sama akan meringankan lagi penderitaan saudara kita di sana.”

Mengikut laporan, India telah mengepung wilayah Kashmir dan memutuskan hubungan serta komunikasi penduduk di sana dengan dunia luar. Selain itu, mereka juga telah menangkap pemimpin-pemimpin politik Kashmir. Penduduk-penduduk Kashmir sehingga kini masih menuntut serta memperjuangkan hak mereka setelah ditindas serta diusir.

please share on:

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy