HAZAMIN INTEAM BEKERJASAMA DENGAN PERTUBUHAN PEDULI INSAN MENJADI SUKARELAWAN DI DALAM MISI KEMANUSIAAN DI SYRIA.

our_news

2021-02-01


post
 Pada 22 Januari 2021, salah seorang dari anggota kumpulan nasyid Inteam, Saudara Hazamin Harun telah bertolak ke Turki bersama isterinya untuk bersama dengan pasukan Peduli Insan di dalam misi kemanusian musim sejuk 2020-2021 di Kem Pelarian yang terletak di pinggiran bandar Aleppo, berdekatan dengan sempadan Turki-Syria. 

Hazamin yang ditemani pasukan Peduli Insan telah memasuki kem pelarian Syria yang terletak di Azzaz, Syria. Kehadiran mereka disambut baik dan gembira oleh penduduk di kem itu terutamanya kanak-kanak. Mereka bersorak dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda cinta dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia di atas sumbangan dan bantuan kepada mereka. 

Hazamin juga menceritakan pengalaman detik-detik pertama saat tiba di Kem Pelarian Syria. 

“Sejujurnya, saya terasa sedih dan mengalirkan air mata saat melihat kanak-kanak tinggal di dalam khemah yang penuh dengan tanah dan lumpur. Kebanyakan jalan di sana penuh dengan lecak. Sayu hati melihat wajah-wajah penduduk di sana seakan sudah berputus asa dengan musibah dan tragedi yang menimpa mereka.” Terang Hazamin. 

Tambahnya lagi, “Saya sering terbaca dan terdengar tentang keadaan para pelarian yang berada di kem-kem pelarian, tetapi saya tak menyangka yang keadaan sebenar mereka adalah seteruk ini. Kesejukan yang melampau, keperluan yang mendesak, keperluan asas yang mereka miliki sangat minima, dan pertambahan penduduk di kem yang semakin meningkat. Musibah yang mereka hadapi adalah antara tragedi terburuk buat penduduk dunia.” 

Sepanjang  misi Kempen Musim Sejuk berlangsung, Hazamin mengatakan bahawa keadaannya di sana sangat baik, Alhamdulillah. Segala bekalan dan keperluan musim sejuk seperti alat pemanas, bantuan makanan, pakaian sejuk serta selimut telah selesai diagihkan kepada penduduk di kem pelarian Syria. Lima kontena lori yang sarat dan penuh dengan muatan barang keperluan serta bantuan kemanusian telah berjaya diedarkan kepada kira-kira 10,000 pelarian yang berada di dalam kem pelarian. Bantuan ini adalah bagi meringankan penderiaan mereka ketika musim sejuk yang sangat menyakitkan ini. 

Hazamin mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa Kempen Musi Sejuk 2020-2021 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peduli Insan bakal disumbangkan kepada puluhan ribu rakyat Syria yang telah kehilangan tempat tinggal dan kini terpaksa berlindung di Kem Pelarian Syria. Kempen ini masih berlangsung dan sumbangan buat para pelarian Syria masih dibuka. 

Marilah sama-sama kita menghulurkan tangan dan meringankan beban penderitaan para pelarian Syria di kem pelarian pada musim sejuk ini. Sumbangan anda bakal menyelamatkan nyawa anak-anak kecil di sana. 

please share on:

Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy