30,000 KELUARGA MANGSA PERANG MENERIMA MANFAAT PADA AIDILADHA 2021/1442H.

our_news

2021-08-27


post
30,000 KELUARGA MANGSA PERANG MENERIMA MANFAAT PADA AIDILADHA 2021/1442H:

Aidiladha adalah satu-satunya harapan para pelarian Syria untuk menikmati hidangan daging yang sangat mereka rindui. Setiap hari cuma roti bersama kekacang yang dimakan untuk meneruskan kehidupan.

Syukur Alhamdulillah, atas ihsan dan nilai persaudaraan yang tinggi dari rakyat Malaysia, sebanyak 1280 haiwan sembelihan yang telah disembelih pada hari-hari tasyrik tempoh hari yang melibatkan 1225 ekor kambing, 40 ekor lembu dan 15 ekor unta.

Sembelihan ini melibatkan sembelihan bagi ibadah korban, aqiqah dan juga sedekah adha.

Hasilnya, kira-kira 28,400 keluarga pelarian Syria telah menerima manfaat di Utara Syria dan Lubnan. Manakala 1600 keluarga di Palestin gembira mendapat manfaat dari ibadah korban. Setiap keluarga menerima 2kg daging.

 

post
Setiap individu yang menyertai ibadah korban dan aqiqah bersama Peduli Insan dibekalkan gambar dan video untuk mereka lihat secara dekat haiwan sembelihan mereka. Ini juga antara tanda terima kasih kami kepada pera perserta.

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang  sudi memilih dan memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah di Syria dan Palestin.

Setiap penyertaan telah menggembirakan hati ribuan keluarga Syria yang saban hari kelaparan sekaligus memberi harapan baru agar mereka terus kuat bertahan demi menanti sebuah kebebasan.

Semoga Allah menerima ibadah korban dan sedekah yang kita persembahkan kepadanya.

please share on:

Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy