RM840,310 BUAT SYRIA DALAM MASA 12 JAM

our_news


post
Inteam selaku ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah bertolak ke Syria pada 16 Feb lalu bagi menjayakan Misi Musim Sejuk Peduli Insan kali ke 10.
Selain menyampaikan bantuan hasil dari sumbangan rakyat Malaysia kepada para pelarian Syria, kehadiran Inteam ke kem pelarian yang terletak di Azzaz, Syria kali ini juga membawa sedikit kalainan.
Hazamin, Rahim dan Syah telah menyahut cabaran bagi kempen Cabaran 12 jam Syria. Bermula 11 pagi 18 Feb 2022 sehingga jam 11 malam hari yang sama, Inteam duduk berkampung di dalam sebuah khemah di kem pelarian. 
Tujuan cabaran ini dilakukan adalah bagi merasai sendiri bagaimana kesejukan dan kesengsaraan yang dilalui oleh pelarian Syria pada setiap kali musim sejuk tiba. Dalam masa yang sama, cabaran ini juga sebagai pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang realiti dan kesukaran yang dihadapi oleh para pelarian.

post
Kempen yang tersebar di sosial media melalui tanda pagar #cabaran12jamSyria dan juga #12hoursWithSyria telah ditayangkan secara langsung di laman rasmi facebook Inteam.
Sepanjang cabaran ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah disusun. Lebih dari 10 artis dan ustaz selebriti dijemput dan diatur berada dalam talian bersama Inteam. Antaranya Mawi, Norman Hakim, Bob Lokman, Diana Amir, Hafiz Hamidun, Ustaz Zamri Mantop, Ust Syamsul Debat, Ustaz Nazmi Karim, Ustaz Mohd Hariri, Dato’ Sri Mahadi, dan ramai lagi.
Lelongan amal barangan seperti baju sejuk syuhada’, baju sejuk Inteam dan juga anak patung yang dimiliki oleh salah seorang kanak-kanak di kem pelarian itu juga turut diadakan.
Inteam juga tak melepaskan peluang untuk melancarkan lagu single terbaru mereka yang bertajuk Selimut Kasih. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Inteam juga telah menyanyikan beberapa buah lagu secara live khas buat para penderma, peminat dan penonton live cabaran itu. 

post
Sepanjang 12 jam cabaran ini berlangsung, Peduli Insan dan Inteam mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta ringgit bakal disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk para pelarian Syria. Jumlah itu akan memanfaatkan sebanyak 100,000 pelarian Syria.
Walaupun jumlah kutipan terakhir tidak mencapai sasaran, namun jumlah sumbangan rakyat Malaysia dalam tempoh 12 jam itu sangat membanggakan.
Sejumlah RM840,310 telah berjaya dikumpul sepanjang 12 jam cabaran itu berlangsung. Hasil dari derma dan infaq rakyat Malaysia ini akan digunakan untuk membeli barangan keperluan musim sejuk kepada pelarian Syria. Seperti bahan bakar, pemanas, selimut tebal dan baju sejuk.
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Inteam, para selebriti jemputan, para penderma, para penonton dan seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan serta kerjasama yang diberikan demi menjayakan cabaran ini.
Semoga setiap sumbangan kita tak kira dari segi wang, keringat mahupun sokongan, sama ada secara langsung mahupun tidak, bakal mendapat ganjaran besar di sisi Allah kelak. 
Semoga sedikit usaha kita ini dapat memberi kehangatan kepada saudara-saudara kita di kem pelarian Syria. Insya-Allah.
‘Ihsan Demi Insan’

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy