PEDULI INSAN BANTU LEBIH 300,000 KELUARGA SEPANJANG RAMADAN

our_news

2022-06-05


post
Sepanjang kempen Infaq Ramadan Syria dibuka pada Ramadan lalu, ia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia. Ini menunjukkan betapa kita rakyat Malaysia bersimpati dan bersolidariti buat saudara kita yang ditindas.

Syukur Alhamdulillah, Kempen Infaq Ramadan Syria kali ke-11 telah berjaya disempurnakan. Ramai anak-anak Syria malah mereka yang dewasa tersenyum gembira menerima bantuan yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

Sepanjang Ramadan tempoh hari, sebanyak lapan dapur Peduli Insan telah diaktifkan setiap hari bagi menyiapkan juadah berbuka dan bersahur buat pelarian Syria.

post
10,000 hidangan panas dimasak dan disediakan setiap hari bagi diagihkan kepada rakyat Syria yang tinggal di kem pelarian.

Ini sekaligus menjadikan jumlah juadah berbuka dan sahur yang telah diedarkan oleh Peduli Insan sepanjang Ramadan adalah sebanyak 300,000 juadah.

Selain itu, Peduli Insan juga turut mengagihkan kotak makanan kepada 5000 keluarga di kem pelarian Syria.

Apa yang lebih menggembirakan mereka di sana, sebuah jamuan berbuka besar-besaran telah diadakan di Kem Utara Syria. Ini sedikit sebanyak mengubat rasa rindu mereka terhadap bulan Ramadan yang pernah mereka sambut sebelum tercetus konflik Syria yang tak berkesudahan.

post
Kami di Peduli Insan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma dan juga kepada mereka yang tak henti-henti menyokong usaha kami dalam membela nasib pelarian Syria.

Wang yang disumbangkan itu bukan sekadar membantu keluarga miskin yang memerlukan dan kelaparan, bahkan juga turut memberi peluang pekerjaan kepada pelarian Syria yang sekian lama terputus mata pencarian. Ini secara tidak langsung memberi harapan baru kepada mereka.

Semoga sedikit usaha kita membantu mereka membawa natijah cemerlang untuk kita bawa ke syurga kelak. Semoga Allah menerima segala amal kebaikan kita. Amin.

Terima kasih, Malaysia!

post

please share on:

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy