APM IKTIRAF USAHA KEMANUSIAAN PEDULI INSAN

our_news


post
Peduli Insan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) kerana telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Peduli Insan. Sudah tentu anugerah ini memberi makna yang besar buat seluruh warga Peduli Insan.
Ucapan terima kasih juga turut dirakamkan kepada pihak APM atas bantuan serta sokongan padu yang sentiasa diberikan kepada kami di pertubuhan-pertubuhan NGO umumnya dan khususnya kepada Peduli Insan itu sendiri saat melakukan kerja-kerja lapangan ketika musibah dan bencana. Bagi Peduli Insan Malaysia, penghargaan ini merupakan satu pengiktirafan dan juga penyuntik semangat kepada kami untuk terus menyumbang bakti. 
Peduli Insan juga tekad akan terus menggembeling tenaga bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana di Malaysia. Insya-Allah.

`Kindness for the sake of humanity`


Click the icon below to follow current information regarding the campaign via the official website or Peduli Insan social media accounts.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy