PELANCARAN KEMPEN AFIAT 4 UMMAH

our_news

Dated: 11-09-2024


post
Kehidupan lebih sihat buat mereka yang memerlukan. Itu yang kami di Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berhasrat untuk capai melalui kempen AFIAT 4 UMMAH. 
post
Kempen ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, Peduli Insan telah berhasil membantu mengumpulkan dana dan menyampaikan bantuan kepada ratusan pesakit dengan penyakit kronik atau masalah kesihatan di negara Syria.  

Jadi, dengan pelancaran Afiat 4 Ummah ini, lebih mudah bagi kami untuk menjadi talian hayat kepada mereka yang kurang bernasib baik bukan sahaja tertumpu di Syria, malah di negara-negara lain seperti Palestin dan Yaman.  

post
Melihatkan keadaan yang menimpa saudara di negara bergolak terutamanya para pelarian, mereka tidak hanya terkesan dengan krisis kemanusiaan sahaja. Ramai juga di antara mereka, kanak-kanak khususnya, wanita mahupun orang dewasa yang ditimpa masalah kesihatan yang serius.  

InsyaAllah melalui kempen ini, bantuan seperti alatan kesihatan, ubat-ubatan, makanan bernutrisi, biaya pembedahan dan kit kesihatan akan lebih mudah disampaikan kepada pesakit mengikut tahap keperluan dan kesegeraan mereka untuk mendapatkan rawatan.  

post
Kempen ini juga akan berlangsung sepanjang tahun. Dan fokus kami di Peduli Insan adalah untuk membantu lebih kurang 1,000 kes kecemasan kesihatan setiap tahun.  

Kempen AFIAT 4 UMMAH sedang berlangsung. Kami memerlukan sokongan insan baik di luar sana untuk merealisasikan misi Peduli Insan. InsyaAllah dengan usaha kita bersama, kita mampu memberi peluang kedua dan kehidupan lebih baik buat mereka di luar sana terutamanya para pelarian.  

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy