PELANCARAN KEMPEN INFAQ RAMADAN 14

our_news

Dated: 05-02-2025


post
Ramadan. Sebut saja nama bulan ini, pasti terlintas di fikiran—bulan penuh keberkatan, kewajipan berpuasa, perancangan menu sahur dan iftar, serta persiapan menyambut Aidilfitri.  Boleh dikatakan sambutan Ramadan meriah, seindah Hari Raya. 
post
Tetapi tibanya Ramadan di bumi negara bergolak tidaklah semeriah yang disangka. Tiada juadah istimewa menanti ketika berbuka. Tiada persiapan menyambut Syawal seperti biasa. Bagi mereka, Ramadan mungkin sekadar perjuangan untuk terus hidup, bertahan dengan apa yang ada. 

Walaupun keadaan di Syria semakin aman dan Palestin seketika dapat menarik nafas lega, hakikatnya penderitaan akibat konflik masih membelenggu. Di Yaman, krisis kebuluran dan kekurangan air terus menekan kehidupan seharian. Begitu juga di beberapa negara lain yang masih bergelut dengan kesusahan. 

post
Oleh itu, sempena kehadiran bulan penuh rahmat ini, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia sekali lagi melancarkan Kempen Infaq Ramadan ke-14 dengan harapan dapat mengajak masyarakat ramai untuk bersama-sama mengimarahkan Ramadan dengan berkongsi rezeki, pada masa yang sama merebut peluang meraih keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. 
post
Melalui kempen ini, Peduli Insan akan menyalurkan bantuan berupa kotak makanan asas, juadah iftar dan sahur kepada mereka yang memerlukan, khususnya di Syria, Palestin, dan Yaman. 

Semoga dengan kehadiran Ramadan tahun ini, lebih banyak nyawa dapat dibantu, lebih ramai insan terbela, dan negara-negara yang diuji konflik dapat bangkit kembali. Paling penting, kita semua dapat menikmati Ramadan yang penuh makna dan keberkatan pada tahun 2025. 

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy