Kes Kecemasan "Aisyah"

100%

Jumlah Semasa: RM3730

Sasaran: RM3700

cause

Kanak-kanak comel yang berusia 6 tahun ini adalah seorang anak yatim. Aisyah namanya.


Aisyah kini tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya di dalam sebuah khemah yang terletak di Utara Syria.


Baru-baru ini, Aisyah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia telah mengalami beberapa kecederaan.


Hentakan daripada kemalangan itu membuatkan mata kanannya membengkak. Bukan itu saja, dia juga mengalami keretakan tulang pada beberapa bahagian anggota badan.


Aisyah kini mengalami keradangan pada matanya. Dia perlu mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan katarak segera.

Kanak-kanak malang ini menderita dan menahan kesakitan dalam diam. Dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.


Lebih menyedihkan, Ibu Aisyah tak mampu membiayai kos rawatan anak perempuannya. Keadaan hidup mereka di kem pelarian sangat dhaif.


Peduli Insan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan kos rawatan bagi pembedahan Aisyah.

cause

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM3,700


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” (HR Muslim).


Ayuh sama-sama bantu ringankan beban Aisyah dan ibunya.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Aisyah


Untuk sebarang persoalan dan maklumat lanjut, sila hubungi Peduli Insan melalui kes@peduliinsan.org

============================

Perkembangan terkini Aisyah

 

 

Alhamdulillah, Aisyah telah berjaya menerima rawatan hasil sumbangan dan tajaan anda semua.

 

Terima kasih para penyumbang kerana telah memberi kehidupan yang lebih baik buat adik Aisyah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda. 

 

* Kes Kecemasan Aisyah telah ditutup *


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM

Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik

Bulanan

Infaqpay

Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah

Infaqpay

Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy