Kes Kecemasan "Aisyah"

100%

Raised: RM3730

Goal: RM3700

cause

Kanak-kanak comel yang berusia 6 tahun ini adalah seorang anak yatim. Aisyah namanya.


Aisyah kini tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya di dalam sebuah khemah yang terletak di Utara Syria.


Baru-baru ini, Aisyah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia telah mengalami beberapa kecederaan.


Hentakan daripada kemalangan itu membuatkan mata kanannya membengkak. Bukan itu saja, dia juga mengalami keretakan tulang pada beberapa bahagian anggota badan.


Aisyah kini mengalami keradangan pada matanya. Dia perlu mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan katarak segera.

Kanak-kanak malang ini menderita dan menahan kesakitan dalam diam. Dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.


Lebih menyedihkan, Ibu Aisyah tak mampu membiayai kos rawatan anak perempuannya. Keadaan hidup mereka di kem pelarian sangat dhaif.


Peduli Insan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan kos rawatan bagi pembedahan Aisyah.

cause

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM3,700


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” (HR Muslim).


Ayuh sama-sama bantu ringankan beban Aisyah dan ibunya.

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Aisyah


Untuk sebarang persoalan dan maklumat lanjut, sila hubungi Peduli Insan melalui kes@peduliinsan.org

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy