Pembinaan telaga air pertama melalui Projek Telaga Air Yaman Peduli Insan

our_news

Bertarikh: 26-06-2024


post
Tidak dinafikan, air merupakan satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan.  
 
Hakikatnya, seorang manusia itu hanya mampu bertahan lebih kurang 3 hari sahaja tanpa air.  
 
Malangnya, sumber penting ini sangatlah berkurang di negara seperti Yaman.  
 
Tak cukup dengan dihimpit peperangan serta masalah kebuluran, Yaman berdepan pula dengan masalah kritikal iaitu krisis air.
post
Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang dikelilingi padang pasir, teriknya matahari, air bersih menjadi salah satu keperluan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.  
 
Kerana kekurangan air yang terlalu dahsyat, ada yang terpaksa berjalan berjauh kilometer semata-mata untuk mendapatkan sumber air yang bersih.
post
Ada juga yang sanggup minum daripada sumber yang tercemar. Bukan itu sahaja, harga air bersih juga terlalu mahal untuk dibeli mereka. 
post
Alhamdulillah, berkat hasil sokongan orang ramai, sebuah Telaga Air Bersih pertama Peduli Insan telah berjaya dibina di Yaman. 
 
Telaga yang dilengkapi dengan tangki simpanan air yang besar yang dijana oleh sistem tenaga solar mampu memberikan manfaat buat ribuan penduduk setempat di Yaman.  
 
Ini merupakan satu permulaan yang baik bagi Projek Telaga Air Yaman.  
 
InsyaAllah jika usaha seperti ini dapat diteruskan lagi, lebih ramai saudara kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy