Sunset in the mountains
our_news Dated: 12-03-2024
KEMPEN INFAQ RAMADAN 13
Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ini, Peduli Insan sekali hadir bersama Kempen Infaq Ramadan siri ke 13. 

Marhaban ya Ramadan. Peduli Insan berhasrat untuk sebarkan kebaikan dan kebahagiaan buat mereka yang memerlukan di negara seperti Syria, Palestin, Yaman dan yang paling terkini, Pattani, Thailand. 

InsyaAllah melalui kempen ini, dua jenis bantuan akan difokuskan iaitu agihan juadah berbuka dan sahur serta kit bekalan makanan asas. 

Peduli Insan ingin mengajak semua untuk manfaat bulan Ramadan ini untuk berdoa, beribadah, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kami mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan diri untuk menjalani ibadah berpuasa sehingga ke penghujungnya. InsyaAllah. Aamiin.

Selamat menunaikan ibadah puasa!

Ihsan Demi Insan
Sunset in the mountains
our_news Dated: 05-03-2024
MAJLIS UKHWAH RAMADAN KAREEM
Pada 5 Mac yang lalu, Peduli Insan telah menguruskan sebuah majlis penghargaan bersama kesemua ikon kemanusiaan Peduli Insan yang bertempat di Mozer’s Syrian Restaurant, Bukit Jelutong yang dihadiri oleh UNIC, Inteam dan juga Farhatul Fairuzah serta wakil-wakil daripada Pertubuhan Peduli Insan. 

Salah satu tujuan diadakan adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang pelantikan Pengerusi baru Peduli Insan tahun 2024 iaitu Ustaz Muhamad Basil. 
Sunset in the mountains
our_news Dated: 28-02-2024
PELANCARAN KEMPEN AID YEMEN 2024 - DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK
28 Februari 2024 yang lalu, Al-Tawasul Alinsani Malaysia telah menganjurkan serta melancarkan kempen “Aid Yemen 2024” buat kali yang kedua yang bertempat di Restoran Qasar Balqis, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Adel Bahomaid, Duta Yaman di Malaysia serta dihadiri oleh pengasas-pengasas, 20 NGO, salah satunya Peduli Insan Malaysia dan tokoh-tokoh masyarakat daripada negara Malaysia dan Arab.
Sunset in the mountains
our_news
APM IKTIRAF USAHA KEMANUSIAAN PEDULI INSAN
Peduli Insan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) kerana telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Peduli Insan. Sudah tentu anugerah ini memberi makna yang besar buat seluruh warga Peduli Insan.
Sunset in the mountains
our_news
KUNJUNGAN PEDULI INSAN KE PUZAT ZAKAT PULAU PINANG
5 Disember 2022 lalu, Peduli Insan berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Pusat Zakat Pulau Pinang. Peduli Insan juga sempat beramah mesra dan mengadakan sedikit perbincangan bersama Ustaz Mohammad Kairi bin Ghazalli selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang. Turut sama hadir, Ustaz Roslan dan Dr Wafdi.
Sunset in the mountains
our_news
PEDULI INSAN MENYANTUNI ANAK-ANAK AUTISME
Bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember, Peduli Insan berpeluang menyantuni anak-anak istimewa di NASOM.
NASOM atau Pertubuhan Kebangsaan Autisme Malaysia(The National Autisme Society of Malaysia) adalah Pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1987 khas untuk kanak-kanak autisme.
Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy