Latest Events
QURBAN 4 UMMAH MALAYSIA, PALESTIN & SYRIA
Deadline: 2022-07-10
Berapa ramai dari kita yang mampu menjalankan ibadah korban, namun mengambil mudah akan tuntutan ini? Tiba masanya untuk kita tunjukkan ketaatan kita kepada Allah. Kini masanya giliran kita pula memberi bungkusan daging kepada mereka yang memerlukan.
Ayuh jalankan ibadah korban bersama Peduli Insan. Anda boleh memilih sendiri lokasi di mana anda mahu ibadah korban itu dijalankan. Sama ada di Malaysia, Syria atau Palestin.
Proses penyembelihan, melapah dan agihan akan diuruskan sepenuhnya oleh Peduli Insan.
Daging dari hasil sembelihan itu akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang asal dan golongan yang memerlukan.
Kualiti haiwan, berat, kesihatan serta syarat-syarat sah haiwan sembelihan sangat dititik beratkan oleh Peduli Insan.
Seekor LEMBU dan UNTA boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Adapun bagi KAMBING pula, seekor kambing hanya boleh dinamakan kepada seorang individu sahaja bagi ibadah korban.
Berikut merupakan harga haiwan korban mengikut negara bagi tahun 2022:
MALAYSIA
LEMBU
1 Bahagian - RM800
Seekor - RM5,600
(RM100 termasuk kos pengurusan bagi setiap satu bahagian)
SYRIA
KAMBING
Seekor - RM1,300
LEMBU
1 Bahagian - RM1,350
Seekor - RM9,450
UNTA
1 Bahagian - RM1,300
Seekor - RM9,100
PALESTIN
KAMBING
Seekor - RM1,900
LEMBU
1 Bahagian - RM1,900
Seekor - RM13,300
Ayuh, jadikan Aidiladha ini bermakna buat kita dan mereka yang menerima daging hasil ibadah korban yang kita lakukan.
Kerana kita dan mereka adalah bersaudara.
'Ihsan Demi Insan'
Raised: RM1000000
Goal: RM1000000
INFAQ RAMADAN SYRIA
Deadline: 2022-05-02
Selepas 11 tahun konflik Syria berlaku, kira-kira 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka mencari pelbagai jalan dan peluang yang ada untuk mengubah nasib mereka. Namun, tetap juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar. Setiap hari mereka menanti kalau-kalau ada sebarang bantuan yang datang kepada mereka. Terutamanya makanan.
PEDULI INSAN KOMITED MEMBANTU
Peduli Insan sekali lagi menganjurkan kempen Infaq Ramadan Syria 11 bagi membantu rakyat Syria serta memeriahkan lagi Ramadan mereka yang kian suram sejak 11 tahun yang lalu.
Antara hidangan makanan yang akan diagihkan kepada para pelarian Syria untuk Kempen Infaq Ramadan Syria adalah:
1. Syawarma beserta nasi
2. Ayam panggang beserta nasi
3. Nasi ayam
4. Pelbagai jenis kurma, air dan juga jus
Raised: RM2000000
Goal: RM2000000
MY INFAQ RAMADAN MALAYSIA
Deadline: 2022-05-02
Dua tahun lepas, kita diuji dengan pandemik. Ramai yang kehilangan orang tersayang akibat virus Covid-19. Ramai juga yang diuji dengan banjir besar yang hadir tanpa diduga. Angin kuat luar dari kebiasaan telah memusnahkan kediaman dan premis perniagaan. Itu antaranya. Namun banyak lagi ujian yang sedang menimpa rakyat Malaysia.
Ramadan bulan yang sangat dirindui oleh umat Islam. Selain ketenangan, keberkatan Ramadan serta kehebatan ganjaran pahalannya membuatkan kita rindu untuk menanti kehadirannya.
Rasulullah saw sendiri seorang yang sangat dermawan dan suka bersedekah. Sifat dermawan baginda akan berganda pada bulan Ramadan. Begitulah yang dikisah oleh isteri baginda SAW, Aisyah RA.
Raised: RM1500000
Goal: RM1500000
Selimut Kasih Syria
Deadline: 2022-02-28
Raised: RM2500000
Goal: RM2500000
Suapan Kasih Syria
Deadline: 2022-02-28
Raised: RM2500000
Goal: RM2500000
Tabung Peduli Bencana Banjir Besar Malaysia
Deadline: 2021-12-31
Raised: RM500000
Goal: RM500000