Latest Events

test

KEMPEN INFAQ HARI JUMAAT

Deadline: 2021-12-30

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak peristiwa penting di dalam Islam yang Allah caturkan terjadi dan akan berlaku pada hari Jumaat. 

Antaranya adalah penciptaan Nabi Adam, Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga, Nabi Adam diturunkan ke bumi, kejadian Hari Kiamat akan berlaku dan banyak lagi.

 

Hari Jumaat juga adalah satu-satunya hari yang dinamakan sebagai surah di dalam al-Quran iaitu Surah Al-Jumuah.

 

Disebalik hadirnya hari Jumaat pada setiap minggu, terdapat banyak kelebihan dan fadilat pada hari terbaik ini.

 

Antaranya,

1. Doa pada hari ini mustajab

2. Ramai malaikat turun ke bumi

3. Hari yang digalakkan untuk bersedekah

 

Sebagaimana Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk bersedekah, Hari Jumaat pula adalah hari yang terbaik dalam setiap minggu untuk berinfaq.

 

Sebagaimana Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan dalam kitabnya Zad Al-Maad:

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

 

Oleh itu, pada hari yang terbaik di antara 7 hari dalam seminggu ini, ayuh kita rebut peluang untuk gandakan pahala dengan bersedekah.

 

Mari hulurkan bantuan dan sumbangan kepada para pelarian Syria yang berada di Kem Pelarian Syria.

 

Kira-kira 400,000 orang pelarian kini berteduh di kem pelarian di Utara Syria. Mereka lari ke sana sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah hancur dibedil bom sang pemerintah. Lebih menyayat hati, ramai di antara mereka yang kehilangan suami dan juga anak-anak yatim.

 

Oleh itu, Peduli Insan ingin membuka jalan untuk kita sama-sama bantu meringankan beban saudara seakidah dengan kita di sana.

 

Antara bentuk sumbangan yang akan kita berikan adalah:

1. Kotak Makanan

2. Bantuan Perubatan

3. Bantuan Pendidikan

 

Mereka dahulu juga hidup aman, selesa dan gembira seperti kita. Namun kini Allah uji dengan ‘sedikit’ ujian namun berat & mencabar buat kita dan mereka.

 

Mereka diuji dengan keadaan seperti itu, 

Kita pula diuji adakah hanya melihat dan membiarkan sahaja saudara kita begitu.

Ataupun kita akan cuba membantu mereka sedaya yang mungkin.

 

Mari hulurkan bantuan, ringankan beban saudara kita di Syria.

Semoga Allah gantikan segala kebaikan yang kita hulurkan dengan kebaikan dan nikmat di syurga yang tak terhingga. Amin 
0%

Raised: RM436175

Goal: RM500000

test

Tabung Kecemasan Projek CovAid 2021

Deadline: 2021-08-30

Pandamik Covid 19 yang memberi kesan bukan sahaja pada sektor ekonomi akan tetapi turut memberi yang amat besar dalam kepada masyarakat Malaysia. Terlalu ramai yang kehilangan pekerjaan dan putus mata pencarian rezeki, menyebabkan masalah kelaparan dan kadar kemiskinan yang meningkat dari hari ke hari. Tambahan pula, sektor pendidikan negara turut terjejas.
 
 Penularan COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tidak dapat dilaksanakan dan terpaksakan ditangguhkan, Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian. Oleh itu, para guru, pensyarah serta para pelajar perlu mempunyai akses kepada wifi dan gajet untuk mengedali dan mengikuti PnP secara atas talian. 
0%

Raised: RM500000

Goal: RM500000

test

SEDEKAH ADHA 1442 H

Deadline: 2021-07-22

Ramai dari rakyat Syria dahulu hidup mewah dan serba cukup, tapi kini hanya tinggal di khemah dan memakai baju sama yang kian lusuh. Tiada peluang pekerjaan, maka tiadalah kudrat untuk membeli makanan. Hanya menjamah kepingan roti tanpa lauk pauk yang enak dimakan. 
  Sudah lama mereka tidak menjamah ayam. Apatah lagi daging. Itu makanan orang kayangan. Sedangkan mereka seperti ulat yang mencari makan di celahan batu-batu. Sudah bertahun mereka tak merasai keenakan daging kambing mahupun lembu. Mereka barangkali sudah lupa bagaimana enak, lembut dan kenyalnya daging kambing.
0%

Raised: RM1000000

Goal: RM1000000

test

QURBAN4UMMAH SYRIA

Deadline: 2021-07-19

Setiap tahun, ada saja jiwa yang terkorban di kem pelarian Syria akibat kelaparan yang bersangatan. Ribuan kanak-kanak kekurangan zat makanan dan akhirnya mengakibatkan mereka menghidapi beberapa penyakit. Tubuh badan para ibu tidak lagi mampu menghasilkan susu kerana ibu itu sendiri sentiasa dalam kelaparan. Mereka berpuasa, bukan hanya pada bulan Ramadan, bukan hanya pada hari isnin dan khamis, bukan juga cuma pada hari putih. Tetapi mereka terpaksa berpuasa menahan lapar hampir sepanjang tahun kerana ketiadaan makanan.
0%

Raised: RM550000

Goal: RM550000

test

QURBAN 4 UMMAH - GAZA

Deadline: 2021-07-19

Justeru, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berhasrat untuk membantu rakyat Gaza dengan menjalankan ibadah korban di sana. Peduli Insan mensasarkan 300 ekor sembelihan berupa kambing dan lembu yang akan dijalankan pada tahun ini. Jumlah itu sekaligus bakal memberi manfaat kepada 12,000 buah keluarga di Semenanjung Gaza.
0%

Raised: RM570000

Goal: RM570000

test

Peduli Al-Aqsa

Deadline: 2021-06-30

Dihalau, dipukul, diseksa, ditangkap, malah dibunuh. Apa lagi bentuk kekejaman yang mereka belum terima dari musuh durjana?. Ayuh pertahankan saudara kita di bumi Al-Aqsa!
0%

Raised: RM250000

Goal: RM250000

Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy