Fadel Al-Juma’ah

0%

Raised: RM0

Goal: RM3000

orphan

Fadel seorang anak yatim berusia 8 tahun.


Fadel dilahirkan sebagai menjadi penyeri pertama untuk keluarganya yang tinggal di Damsyik. Keluarga ini hidup bahagia walaupun serba kekurangan. Keperluan mereka diusahakan oleh bapa Fadel yang bekerja sebagai pemandu teksi.

orphan

Ketika usianya mencecah tiga tahun dan sudah boleh memahami perasaan, keluarga dan kasih sayang, bapa Fadel telah terbunuh dalam serangan peluru mortar. Peristiwa itu menjadi pukulan pertama buat Fadel dalam hidupnya.


Setelah itu, tamparan kehidupan datang bertalu-talu bermula ketika melarikan diri bersama ibu dan adik lelakinya -  yang dua tahun lebih muda darinya. Kehidupannya berubah dari tinggal bersama keluarga di rumah kepada menjadi anak yatim yang tinggal di dalam khemah kanvas, yang tidak cukup untuk melindungi mereka dari kesejukan dan kepanasan. 

orphan

Ibu Fadel bergelut menghadapi pelbagai kesukaran dan bahaya untuk mencari sesuap roti dengan bekerja sebagai peniaga di kem pelarian.


Fadel seorang pelajar yang rajin di sekolah kem itu. Ia berharap ketika dewasa kelak dapat menyara ibunya demi membalas budi dan pengorbanan. Fadel bercita-cita menjadi seorang guru di masa hadapan agar dapat melebarkan harapan dan optimis kepada murid-muridnya.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Fadel dan ringankan penderitaan mereka di kem tersebut.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy