Anak kecil yang comel ini bernama Sarah. Usianya baru memasuki 4 hari.
Namun, nyawa Sarah kini dalam bahaya. Dia mengalami sakit kepala yang teruk akibat daripada lebihan cecair yang terdapat di dalam otaknya.
Akibat terlalu sakit, Sarah tidak berhenti menangis setiap hari. Kepalanya membesar dengan cepat setiap hari akibat daripada pengumpulan cecair di dalam kepalanya.
Keluarga Sarah adalah antara pelarian yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan berhijrah ke tempat yang lebih selamat. Kini Sarah dan keluarganya tinggal di Utara Syria dalam keadaan hidup penuh kesukaran.
Rayuan itu telah disampaikan kepada pasukan Peduli Insan, dan dengan segera pasukan kami di Syria pergi untuk melihat keadaan Aisyah dan berkomunikasi dengan pihak perubatan yang berkenaan untuk melakukan pembedahan untuknya dan menyelamatkannya dari kematian memandangkan kesihatannya yang semakin merosot.
1- Pada langkah pertama Aisyah memerlukan pembedahan segera untuk membuang Meningioma di tulang belakang.
2- Pantau status kesihatan Aisyah dan memberikan rawatan yang diperlukan.
3- Pembedahan di kepala untuk memasang peranti di tengkorak.
4- kos pengangkutan kerana jarak jauh antara rumah dan hospital.
5- membeli ubat-ubatan yang diperlukan.
Jumlah kos rawatan Aisyah yang dianggarkan: RM10,500
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya" HR. Muslim
Ayuh kita menyelamatkan nyawa Aisyah.
Bayi comel ini bernama Muhammad. Usianya baru menginjak 10 bulan.
Ketika perang sedang rancak berlaku, keluarga Muhammad terpaksa melarikan diri dan berlindung di kem pelarian yang terletak di Utara Syria. Kawasan mereka ketika itu dibom dan diserang dengan teruk.
Muhammad dilahirkan dalam keadaan dia menghidap Hidrosefalus. Keadaannya semakin membimbangkan setiap hari. Dia mungkin akan kehilangan nyawa jika tidak dirawat.
Disebabkan keadaan kebersihan yang teruk di kem, Nawal dijangkiti penyakit "Still", yang menyebabkan ruam kulit dan pembengkakan yang teruk pada hati dan limpa.
Nyawa Nawal kini dalam bahaya dan bapanya tidak dapat membantunya kerana kemiskinan yang mencengkam mereka.
Hadiyah, anak yatim Syria yang baru berusia tiga tahun.
Hadiyah dilahirkan dengan atrofi di otak. Penyakit ini menyebabkan dia sering mengalami sawan dan kerap pengsan.
Hadiyah tidak mampu mengawal pergerakan tangannya. Bukan itu saja, dia juga lumpuh anggota bahagian bawah. Di mana dia tidak dapat menggerakkan kakinya atau berjalan seperti kanak-kanak lain.
Perkara yang paling menyakitkan Hadiyah adalah sawan yang dia alaminya setiap hari.
Kata Ibu Hadiyah, anak perempuannya akan menangis sekuatnya dalam tempoh yang lama tanpa henti kerana kesakitan yang dirasainya.
Sejak dilahirkan, sistem pencernaan adik Fayyadh tidak berkembang dengan baik dan adik Fayyadh sudah menjalani 2 siri pembedahan. Namun sehingga kini, adik Fayyadh terpaksa vergantung kepada beg stoma untuk membuang air besar.
Malah, usus adik Fayyadh juga mudah dijangkiti kuman dan penyakit. Ia akan menyebabkan keadaan kesihatan adik Fayyadh merosot. Sekiranya itu berlaku, kemaluannya akan memberi dan adik Fayyadh akan mengalami demam.
Abdul Ghani, bayi Syria yang baru berusia tujuh bulan.
Peperangan telah berlaku berhampiran rumah mereka. Bimbang akan keselamatan mereka, keluarga Abdul Ghani lantas lari menyelamatkan diri ke Utara Syria. Kalau dahulunya mereka tinggal di dalam rumah, tapi kini mereka terpaksa hidup di dalam khemah.
Apa yang lebih memilukan, bayi 7 bulan ini mengalami Displasia Pinggul (Developmental dysplasia) sejak dilahirkan. Rawatan untuk menyembuhkan Abdul Ghani memerlukan kos yang tinggi. Malangnya, bapa Abdul Ghani tak mampu untuk menanggung kos rawatannya.
Dia sendiri mengalami kecederaan parah di kaki yang telah menyebabkan dia tidak dapat bekerja.
Menurut doktor, Abdul Ghani perlu menjalani pembedahan segera bagi merawat kakinya. Jika tidak, bayi itu mungkin akan cacat atau lumpuh seumur hidup.
Ini Malik, seorang anak Syria. Malik bukan seperti bayi-bayi normal yang lain.
Kegembiraan si ibu dan ayah saat menanti kelahiran bayi mereka bagai terhenti. Siapa sangka, anak yang dikandung selama 9 bulan itu dimaklumkan tidak lahir
dalam keadaan normal seperti kanak-kanak lain.
14 tahun dulu Afiq dilahirkan dalam keadaan bahagian pusat hingga ke punggungnya terbuka dan tidak bercantum. Usus dan pundi kencing yang sepatutnya
berada di dalam tubuh kini berada di luar badannya.
Bayangkan bagaimana luluh dan sedih hati si ibu dan ayahnya melihat keadaan anaknya sebegitu rupa.