Malik kini berusia 40 tahun. Segalanya berubah ketika dia ditimpa kemalangan motosikal sewaktu sedang berkhidmat sebagai tentera di Sibu, Sarawak pada tahun 2006.
Tragedi itu telah mengakibatkan kedua-kedua kaki Malik lumpuh manakala sebelah tangan Malik tidak dapat berfungsi dengan baik. Bukan itu saja, sistem pencernaan Malik juga turut bermasalah akibat hentakan kuat yang dialami ketika kemalangan dan kini ia gagal berfungsi. Malik kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada beg urin dan lampin pakai buang.
Jumlah Semasa: RM6000
Sasaran: RM6000
Hussin, bayi Syria yang berusia 7 bulan.
Walaupun Hussin masih bayi, namun dia tak mampu tersenyum riang dan ketawa gembira seperti bayi lain yang seusia dengannya.
Sejak lahir dia hanya merasai kesakitan dan hidupnya penuh dengan tangisan.
Kelahiran Hussin yang sepatutnya menjadi kegembiraan buat ibu dan ayahnya itu berubah menjadi kerisauan apabila Hussin dilahirkan dalam keadaan dia menghidap Meningocele.
Ketika dilahirkan, terdapat ketulan ketumbuhan di belakang badannya dan ketumbuhan itu semakin hari semakin membesar dengan begitu cepat.
Jumlah Semasa: RM7450
Sasaran: RM7450
Anak kelahiran Syria yang berusia 4 tahun ini namanya Anwar.
Anwar kini tinggal di dalam khemah yang terletak di Utara Syria bersama 5 lagi ahli keluarganya. Khemah itu mula menjadi kediaman keluarganya sejak mereka terpaksa melarikan diri dan meninggalkan rumah mereka ketika perang Syria mula tercetus dahulu.
Sejak lahir, Anwar sudah mula menderita apabila perut dan ususnya bermasalah serius dan memerlukan pembedahan kecemasan.
Malangnya, pembedahan yang dilakukan tidak berjaya dan keadaan Anwar semakin kritikal.
Doktor pakar mengatakan bahawa Anwar perlu menjalani satu lagi pembedahan bagi menyelamatkan keadaannya. Namun, ibu bapa Anwar waktu itu tak memiliki wang untuk membiayai kos pembedahan anak mereka,,
Jumlah Semasa: RM14450
Sasaran: RM14450
Adik Muhammad Qaisar bin Muhammad Qaiyum disahkan menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) ketika dia berusia 3 bulan. Qaisar dilahirkan dalam keadaan sihat sehinggalah ibu bapa Qaisar menyedari pergerakan Qaisar semakin lemah ketika Qaisar berusia 2 bulan. Pernafasan Qaisar juga turut terganggu.
Jumlah Semasa: RM72268
Sasaran: RM72268
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anaknya tidak lagi aktif dan seceria dulu. Umairah dilahirkan dan membesar dalam keadaan sihat normal seperti kanak-kanak lain. Dia bermain, berlari, bercakap, bergelak ketawa dan belajar di sekolah.
Namun, segalanya berubah apabila Umairah secara tiba-tiba muntah secara berulang kali. Walaupun sudah diberikan ubat seperti yang disarankan oleh doktor dari klinik perubatan, Umairah tetap tidak berhenti daripada muntah. Malah, Umairah juga dilihat semakin lemah dan bagaikan sudah tak mampu mengawal diri sendiri.
Berderai air mata si ibu apabila mengetahui hasil pemeriksaan awal hospital mendapati ada ketumbuhan di dalam otak Umairah. Keesokannya, pembedahan kecemasan segera dijalankan bagi membuang ketumbuhan itu.
Jumlah Semasa: RM10800
Sasaran: RM10800
Anak kecil yang berusia 8 bulan ini bernama Ritaj.
Sejak dilahirkan, Ibu bapa Ritaj mendapati kepala Ritaj membesar dengan ketara secara tidak normal. Kebimbangan ini mendesak mereka untuk mendapatkan jawapan di hospital.
Sejurus selepas pemeriksaan di hospital, ibu bapa Ritaj dikejutkan dengan penyakit yang menimpa anak mereka.
Menurut laporan doktor, Ritaj menghidap penyakit hidrosefalus yang serius yang memerlukan pembedahan segera.
Jumlah Semasa: RM14200
Sasaran: RM14200
Silla, bayi Syria yang baru berusia 4 bulan.
Silla dilahirkan dengan kecacatan kongenital mata, khususnya pada saraf ke-7 mata.
Kecacatan ini secara perlahan-perlahan menjejaskan penglihatan Silla. Dan sampai pada satu masa Silla mungkin akan menjadi buta.
Anak kecil ini perlu menjalani beberapa pembedahan mata secara berperingkat. Ia perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan penglihatannya.
Keluarga Silla menderita akibat perang yang berlanjutan dii Syria. Kediaman mereka telah hancur dan runtuh akibat serangan bom yang ganas.
Keluarga Silla tak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk lari dan berpindah ke kem pelarian Syria.
Jumlah Semasa: RM11100
Sasaran: RM11100
Anak Syria ini berusia 9 tahun. Namanya Faris.
Faris mempunyai kecacatan pada bahagian bawah kakinya. Disebabkan itu, Faris tak mampu untuk bergerak atau berjalan.
Faris hanya menghabiskan masa sepanjang hari di atas katil. Tidak dapat keluar bermain seperti kanak-kanak lain.
Jumlah Semasa: RM5300
Sasaran: RM5300
Jaafar, anak Syria yang berusia 3 tahun.
Sejak beberapa tahun yang lalu, keluarga Jaafar terpaksa berpindah ke kem pelarian yang terletak di Utara Syria.
Jaafar dilahirkan dalam keadaan matanya mempunyai kecacatan yang dipanggil Glaukoma Kongenital, iaitu masalah di mana sistem pengaliran dalam matanya tersumbat. Disebabkan itu, bola mata Jaafar mengalami tekanan yang tinggi.
Jumlah Semasa: RM18900
Sasaran: RM18900
Siapakah kami:
Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:
kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy