Anak Syria ini bernama Umar. Omurnya baru menginjak 8 tahun.
Omar tak mampu hidup seperti kanak-kanak lain seusianya. Dia dilahirkan dengan Scoliosis pada tulang belakangnya. Tulang belakangnya membengkok secara tidak normal. Ini menyebabkan Omar menanggung kesakitan sejak daripada dia dilahirkan lagi.
Semakin bertambah usia Omar, semakin perit kesakitan yang dialaminya. Keadaan kesihatannya juga bertambah teruk.
Ketika ini, tulang belakang Omar membengkok dengan teruk. Dalam masa yang sama Umar juga mengalami masalah pernafasan.
Yamen adalah anak kelahiran Syria yang baru berusia 3 bulan.
Akibat peperangan, keluarga Yamen telah berpindah menyelamatkan diri ke Utara Syria. Ibu bapa Yamen mencari tempat yang lebih selamat buat anak-anak mereka.
Sejak dilahirkan, Yamen mula hidup menderita. Dia menghidap penyakit Meningioma. Tumor tumbuh membesar setiap hari di tulang belakangnya. Keadaan Yamen ini sudah pasti membahayakan nyawanya.
Bukan itu saja, Yamen juga mengalami penyakit Hidrosefalus. Iaitu terdapat lebihan cecair di dalam otaknya.
Anak kecil ini bernama Yaser. Yaser baru berusia setahun.
Sejak lahir lagi, hidup Yaser penuh dengan penderitaan. Takdir Allah, dia dilahirkan dengan penyakit Hidrosefalus. Penyakit ini menyebabkan kepalanya semakin membengkak dari hari ke hari akibat lebihan cecair yang semakin banyak berada di dalam otak.
Yaser kerap diserang sawan. Dia juga sering menangis tanpa henti akibat kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.
Silla, bayi Syria yang baru berusia 25 hari.
Keluarga Silla terpaksa berpindah ke Utara Syria selepas pihak tentera menyasarkan serangan dan pengeboman ke rumah mereka di Timur Ghoutah.
Silla dilahirkan di sebuah rumah usang di Utara Syria. Di rumah itu juga keluarganya yang terdiri daripada 7 orang tinggal bersama.
Esraa tinggal bersama keluarganya di sebuah khemah yang tidak mempunyai keperluan hidup yang paling asas.
Ayah Esraa pula tidak mampu membayar kos rawatannya, yang memerlukan regangan dan pembinaan semula kulit untuk menghilangkan kesan-kesan parut tersebut.
Peduli Insan berusaha untuk mengumpulkan kos rawatan yang diperlukan untuk Esraa, bagi meringankan penderitaannya dan melukis senyuman di wajahnya semula
Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada adik Muiz sekeluarga.
Muiz kini berusia 11 tahun. Namun, pada usia ini tingkah laku dan penjagaannya masih lagi seperti bayi kecil.
Takdir Allah, sejak lahir Muiz diuji dengan penyakit Celebral Palsy atau juga dikenali sebagai lumpuh otak.
Penyakit ini membuatkan otak tidak lagi mampu untuk mengawal otot sekaligus menyukarkan diri untuk mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri.